Buletin

INDONESIA PASARKAN X-TRAIL HYBRID

PT Nissan Motor Indonesia memasarkan model Nissan X-Trail Hybrid pada harga atas jalan Rp 625 juta (kira-kira RM208,000 seunit).

nissan-x-trail-hybrid-mekanika (5)

Berdasarkan berita yang dilaporkan oleh Autocar Indonesia, model SUV (kenderaan utiliti sport) itu akan dipasarkan di negara berkenaan pada bulan ini.  Indonesia merupakan negara kedua memasarkan X-Trail Hybrid selepas Jepun.

Nissan X-Trail Hybrid didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan putih.

nissan-x-trail-hybrid-mekanika (2)

Nissan X-Trail Hybrid merupakan SUV hibrid pertama dalam segmennya yang memiliki kuasa responsif, cekap bahan api dan kabin yang senyap. Malah ia juga tampil maskulin dengan kit badan X-Trail Extremer. Pada bahagian depan, lampu kabus turut didatangkan dengan LED.

Model tersebut menggunakan enjin MR20DD berkapasiti 2.0 liter. Ia mampu mengerahkan tenaga maksimum 185PS. Angka tersebut adalah hasil gabungan kuasa enjin petrol berkuasa 144PS dan motor elektrik 41PS. Nissan mendakwa enjin berkenaan mampu menghasilkan kuasa lebih tinggi berbanding versi petrol 2.5 liter. Pecutan dari sifar sehingga 100km/j mampu dicapai dalam tempoh 10.1 saat.

nissan-x-trail-hybrid-mekanika (3)

Hantaran kuasa X-Trail Hybrid diagih menerusi kotak gear dua klac (bukan transmisi dual-klac). Nissan X-Trail menggunakan kotak gear Xtronic CVT. Dua klac merujuk kepada klac di antara enjin dan motor elektrik, serta klac antara motor elektrik dan Xtronic CVT.

Ciri istimewa lain termasuklah janaan semula bateri lithium-ion yang mampu dilakukan sama ada pada kelajuan rendah mahupun tinggi.

Nissan-X-Trail-Hybrid--mekanika

Hasil ujian yang dilakukan di Jepun, X-trail Hybrid mampu merekod penjimatan bahan api sejauh 20.6 kilometer bagi setiap liter petrol.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button