Buletin

HONDA BUKA PUSAT 4S PERTAMA DI PANTAI TIMUR

Pengedar Honda di Kuantan, Macinda Auto Sdn. Bhd. (Macinda) kini menjadi pusat 4S apabila ia mula menawarkan perkhidmatan jualan, servis, alat ganti dan mengecat.

Honda Macinda 8

Menerusi pembukaan Pusat Cat dan Badan Auto Macinda, Honda Malaysia sudah mempunyai 10 pusat 4S di seluruh negara. Ini merupakan pusat 4S pertama di kawasan Pantai Timur.

“Kenderaan Honda mendapat sambutan memberangsangkan di pasaran Pantai Timur terutama di Pahang. Memandangkan permintaan terhadap kenderaan Honda kian meningkat, kami mahu terus menawarkan produk yang kompetitif dan servis terbaik,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

Body Repair Bays at Macinda Auto Body and Paint Centre

Pusat itu dibina di atas sebidang tanah seluas 6,000 meter persegi dan terletak bersebelahan bilik pameran serta pusat servis. Ia melibatkan pelaburan sebanyak RM9 juta dengan RM1.5 juta digunakan untuk menawarkan persekitaran kondusif kepada para pelanggan.

Antara kemudahan yang disediakan ialah komputer dengan WiFi percuma, lounge, servis penghantaran dan tempat permainan kanak-kanak.

Honda Macinda 7

Pusat Cat dan Badan itu menggunakan cat berasaskan air yang mesra alam. Air menjadi komponen utama dalam formulasi cat tersebut. Tanpa pelarut,komposisi semula jadi itu mengurangkan bau yang kurang menyenangkan dan kompaun berbahaya.

Biarpun begitu, cat itu turut menawarkan kualiti lebih baik berbanding cat yang dicampurkan dengan pelarut.

Spray Painting Booths at Macinda Auto Body and Paint Centre

Honda Malaysia mensasarkan untuk membuka 90 pusat pengedaran menjelang tahun 2015. Sehingga kini, terdapat 70 pengedar Honda di Malaysia dengan empat daripadanya ialah 1S, 56 (3S) dan 10 pusat 4S.

Honda Malaysia percaya bahawa hubungan jangka panjang dengan pelanggan adalah asas penting kepada perniagaannya. Contoh terbaik boleh dilihat pada bencana banjir yang melanda Kuantan baru-baru ini. Ramai pelanggan Honda yang terjejas. Maka Honda Malaysia bertindak pantas dengan menyediakan bantuan kepada mereka.

One of the Aligner Bays at Macinda Auto Body and Paint Centre

Di samping kempen bantuan Honda Back-On-Track yang menawarkan diskaun kepada alat ganti, pusat 4S Honda itu juga boleh mengendalikan proses pembaikan dan memendekkan tempoh menunggu. Maklumat lanjut, anda boleh menghubungi pusat itu di talian 09-5688 0000 atau layari laman web: www.honda.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button