Buletin

HONDA CITY 2026 DIPERTONTONKAN KEPADA ORANG RAMAI, JELAJAH BERMULA DI SS2

Honda Malaysia kini membawa model Honda City 2026 yang dikemas kini ke beberapa lokasi terpilih di sekitar Lembah Klang menerusi siri jelajah khas bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat dengan lebih dekat sedan segmen B popular itu sebelum pelancaran rasminya.

Jelajah tersebut bermula di Dking SS2 @ Durian Wonderland, Petaling Jaya dari 4 hingga 6 September, manakala lokasi lain termasuk Alamanda Putrajaya (4 September), MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur (5 September) dan Sunway Pyramid (6 September).

Menariknya, hanya lokasi di Dking SS2 yang menempatkan varian City RS dan dibuka kepada pengunjung selama 24 jam sepanjang tiga hari pameran berlangsung.

Sementara itu, pameran di Alamanda, MyTown dan Sunway Pyramid hanya berlangsung sehari setiap satu dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Dari segi penampilan, Honda City 2026 tampil dengan identiti baharu yang lebih moden menerusi rekaan lampu hadapan bersepadu bersama jalur lampu penuh merentasi bahagian hadapan yang ditawarkan sebagai ciri standard bagi semua varian.

Buat pertama kali juga, model City menerima elemen ‘air curtain’ pada bampar hadapan bagi membantu meningkatkan kecekapan aerodinamik.

Bahagian belakang turut diberikan sentuhan lebih sporty, khususnya pada varian RS yang dilengkapi pakej penggayaan eksklusif serta rim aloi 16-inci baharu dengan kemasan dua tona Berlina Black dan Dark Clear.

Di ruang kabin, Honda memperkenalkan sistem paparan audio bersaiz 10-inci bersama pencahayaan ambien, selain kamera pandangan sekeliling 360 darjah dan sistem Blind Spot Information dengan Cross Traffic Monitoring untuk meningkatkan tahap keselamatan serta kemudahan pemanduan.

Honda SENSING pula terus menjadi kelengkapan standard bagi semua varian, menawarkan pelbagai teknologi bantuan pemandu terkini, merangkumi;

  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Road Departure Mitigation (RDM)
  • Lane Keep Assist System (LKAS)
  • Forward Collision Warning (FCW)
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  • Auto High Beam (AHB)
  • Adaptive Cruise Control (ACC)
  • Low Speed Follow (LSF) – varian e:HEV RS
  • Lead Car Departure Notification (LCDN)

Pilihan Enjin
1.5L e:HEV Hybrid

  • Motor elektrik menghasilkan 109PS
  • Tork 253Nm
  • Transmisi e-CVT

1.5L DOHC i-VTEC Petrol

  • Kuasa 121PS
  • Tork 145Nm
  • Transmisi CVT

Honda Malaysia turut menawarkan ganjaran Early Bird bernilai RM3,000 kepada pelanggan yang membuat tempahan antara 27 Ogos hingga 30 September 2026.

Harga rasmi masih belum diumumkan, namun syarikat memberi bayangan bahawa ia dijangka tidak jauh berbeza berbanding model sedia ada.

Tempahan boleh dibuat menerusi laman pra-tempahan Honda, pengedar sah Honda di seluruh negara atau aplikasi HondaTouch. – CarSifu

GALERI:

Google ads
Back to top button