Buletin

HONDA CIVIC TERUS KUASAI SEGMEN C. TEMPAHAN LEBIH 6,500 UNIT SETAKAT JUN 2020

Honda Malaysia hari ini mengumumkan bahawa Civic yang hadir dengan pelbagai ciri termaju dan dilancarkan secara rasmi pada Februari lalu kekal menjadi peneraju dalam segmen C.

Menguasai pasaran sebanyak 70 peratus, lebih 2,900 unit telah terjual dan menjadi model ketiga paling laris Honda Malaysia.

Wilayah Tengah menyumbang kepada 44 peratus jualan. Diikuti oleh 17 peratus oleh wilayah Selatan dan 15 peratus dari kawasan Utara.

Putih mutiara menjadi warna pilihan pelanggan dengan 42 peratus.

Sejak sekian lama, Civic kekal menjadi model ikonik untuk jenama Honda di Malaysia. Sedan sporty itu terus menerima maklum balas positif menerusi lebih 6,500 tempahan setakat Jun 2020.

Tempoh menunggu adalah sebulan dan Honda mempunyai stok cukup untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Civic baharu tampil dengan rekaan sporty menerusi penggunaan lampu utama, lampu kabus dan lampu nyalaan siang (DRL) LED. Reka bentuk bampar hadapan dan belakang baharu, gril berwarna hitam dan rim aloi 18 inci jelas membuatkan Civic lebih sporty.

Dikuasakan oleh pilihan enjin 1.8L aspirasi biasa dan enjin turbo VTEC 1.5 liter, sedan itu menjanjikan kuasa serta penjimatan. Enjin turbo berkenaan mampu menjana kuasa mencecag 173PS dan tork 220Nm.

Varian tertinggi Civic dilengkapi sistem keselamatan Honda SENSING dan Honda LaneWatch.

Semua varian Civic didatangkan dengan ciri keselamatan seperti enam beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Agile Handle Assist (AHA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), brek ABS, Brake Assist (BA), Auto Brake Hold (ABH), sensor hadapan dan cagak ISOFIX.

Harga Civic selepas pengecualian cukai adalah seperti berikut:

Maklumat lanjut, sila kunjungi mana-mana 101 pengedar sah Honda, hubungi talian 1-800-88-2020  atau layari laman web: www.honda.com.my

Google ads
Back to top button