Buletin

SUZUKI ACROSS REBADGE TOYOTA RAV4. SAMA TAPI TAK SERUPA

Suzuki telah mendedahkan produk pertama hasil kerjasama bersama pengeluar Toyota di pasaran Eropah yang dinamakan Suzuki Across.

Model Suzuki Across plug-in hibrid merupakan terjemahan daripada Toyota RAV4 tetapi dengan sedikit perbezaan dalam rekaan terutama di bahagian hadapan Sport Utility Vehicle (SUV) ini.

Bagi memberi kelainan, Suzuki menawarkan lampu LED baharu yang lebih tirus dan moden. Dilengkapi gril menarik dan rim aloi 19 inci.

Masih mengekalkan trenkuasa plug-in hibrid yang sama dengan RAV4, Suzuki Across mendapat khidmat enjin empat silinder 2.5 liter. Ia disokong dua motor elektrik serta pek bateri berkapasiti 18.1 kWh.

Begitupun, Suzuki tidak memaklumkan kuasa keseluruhan SUV baharu ini, tetapi kalau mengikut kapasiti RAV4, ia mampu menghasilkan 302 hp secara keseluruhan.

Pengeluar kereta itu mendakwa, Across mampu mengharungi jarak sejauh 75 km dengan kuasa EV sahaja manakala pelepasan CO2 dinilai pada tahap 22g/km pada kitaran WLTP.

Ia didatangkan bersama sistem pacuan semua roda elektronik E-Four dengan agihan tork depan:belakang yang boleh diubah daripada 100:0 kepada 20:80.

Sistem Pengurusan Bersepadu AWD ini dapat mengawal throttle enjin, penjadualan peralihan transmisi dan stereng dengan baik sekali.

Selain itu, Suzuki Across menawarkan mod Trail yang dapat berfungsi dalam memberi kawalan cengkaman terbaik pada permukaan licin,

Ia dapat mengawal dan menyesuaikan throttle dengan keadaan permukaan.

Susun atur kabin tidak banyak beza dibanding ‘kembarnya’ Toyota RAV4, perbezaan ketara Cuma terletak pada stereng, panel instrument dan sudah tentu pada logo SUV terbaharu ini.

Sistem infotainment dilengkapi skrin sentuh 9 inci, Apple CarPlay, Android Auto, dan MirrorLink

Antara aspek keselamatan yng ditawarkan termasuk sistem pra-pelanggaran, bantuan pengekalan laluan, bantuan papan tanda, kawalan pelayaran dinamik, dan pemantauan titik buta.

Suzuki akan melancarkan Across pada musim luruh tahun ini di pasaran Eropah dan mengumumkan harga SUV terbaharu ini kelak. – carscoops.

Google ads
Back to top button