,
BuletinMotosikal

HONDA CUBA SEDAYA UPAYA BANTU JORGE LORENZO

Berbeza dengan rakan sepasukannya Marc Marquez, prestasi Jorge Lorenzo musim ini sangat teruk. Beliau gagal mendapatkan kedudukan 10 terbaik selepas terlibat dalam kemalangan di litar Assen di mana kemenangan terbaiknya ialah di tempat ke-14.

Masih belum pulih 100 peratus dari kecederaan, prestasi Lorenzo bukan sahaja merudum waktu perlumbaan, malah waktu ujian masa dan kelayakan juga sama. Beliau hanya mendapat posisi terbaik 21, 18 dan 19 sejak kembali pada separuh kedua musim 2019.

“Kami tidak berhenti untuk mendapatkan kemenangan,” Ujar Alberto Puig, bos Repsol Honda MotoGP.

“Masalahnya, Lorenzo masih belum dapat menyesuaikan diri dengan jenteranya. Kami telah membantu beliau sedaya upaya kami tapi nampaknya ia belum ada tanda positif. Kami perlu mencari penyelesaian lain dalam pusingan akan datang”

Tidak dinafikan, kecederaan bahagian belakang Lorenzo yang belum pulih sepenuhnya memburukkan lagi keadaan. Lorenzo juga dikatakan mungkin akan kembali ke kem Ducati, meskipun mempunyai kontrak dua tahun bersama HRC.

Bagaimanapun khabar tersebut lenyap setelah Jack Miller menandatangani sambungan kontraknya bersama Ducati pada pusingan Silverstone lalu. Meskipun akur dengan kecederaannya, Lorenzo bagaimanapun komited mahu kekal bersama Honda sebaik sahaja kesihatannya pulih sepenuhnya.

“Ramai orang tanya kepada saya, samada saya sudah berputus asa dengan Honda? jawapannya tidak, saya masih ada dua tahun kontrak,” Kata Lorenzo di litar Aragon minggu lepas.

“Buat masa ini, saya akan teruskan dan lihat samada kami dapat baiki keputusan dalam pusingan seterusnya”

Tags
Google ads
Back to top button