
Marc Marquez terus unggul mendahului kutipan mata kejuaraan MotoGP 2019 dan hanya gagal sekali dalam pusingan tahun ini di mana beliau tidak menamatkan perlumbaan di MotoGP Amerika akibat kemalangan.
Kehebatan pelumba Honda-Repsol ini seakan tidak boleh disekat sesiapapun dan meskipun berbaki lagi lima perlumbaan, Marquez dijangka tiada masalah untuk memenangi gelaran Juara Dunia ke lapan pada hujung minggu ini di Thailand.
Litar Buriram bakal menyaksikan Marquez sekali lagi dijulang sebagai juara dunia MotoGP. Beliau hanya perlukan kelebihan dua mata di hadapan Andrea Dovizioso, satu-satunya pelumba yang mampu menyekat beliau.
Berikut adalah senario yang membolehkan Marquez membawa pulang gelaran Juara MotoGP 2019 di Thailand.
- Marquez menang di podium 1
- Marquez tamatkan perlumbaan di tempat kedua dan Dovizioso di tempat ke tiga atau terendah
- Marquez tamatkan perlumbaan di tempat ketiga dan Dovizioso di tempat ke empat atau terendah
- Marquez tamatkan perlumbaan di tempat keeempat dan Dovizioso di tempat ke lima atau terendah
- Marquez tamatkan perlumbaan di tempat kelima dan Dovizioso di tempat ke tujuh atau terendah
- Marquez tamatkan perlumbaan di tempat keenam dan Dovizioso di tempat ke lapan atau terendah
- Marquez tamatkan perlumbaan di tempat ke tujuh dan Dovizioso di tempat ke semmbilan atau terendah
- Marquez tamatkan perlumbaan di tempat ke lapan dan Dovizioso di tempat ke 10 atau terendah
- Marquez tamatkan perlumbaan di tempat ke sembilan dan Dovizioso di tempat ke 11 atau terendah
- Marquez tamatkan perlumbaan di tempat ke 10 dan Dovizioso di tempat ke 12 atau terendah
- Marquez tamatkan perlumbaan di tempat ke 11 dan Dovizioso di tempat ke 13 atau terendah
- Marquez tamatkan perlumbaan di tempat ke 12 dan Dovizioso di tempat ke 14 atau terendah
- Marquez tamatkan perlumbaan di tempat ke 13 dan Dovizioso di tempat ke 15 atau terendah
- Marquez tamatkan perlumbaan di tempat ke 14 dan Dovizioso di tak mendapat sebarang mata