Buletin

HINO MOTORS BUKA PUSAT 3S DI KUALA TERENGGANU

Hino Motors Sales (Malaysia) Sdn. Bhd. (Hino Malaysia) baru-baru ini menaik taraf pusat operasinya untuk menawarkan aspek jualan, servis dan alat ganti yang lebih baik kepada pelanggannya.

Kemudahan itu terletak di Lot 903 K, Kawasan Perindustrian Chendering, Kuala Terengganu. Dikendalikan oleh Sumai Engineering Sdn. Bhd. (Sumai Engineering), ia memiliki keluasan 1,404 kaki persegi.

Bagi memberikan khidmat terbaik kepada pelangan, pusat 3S itu mempunyai 10 ruang servis, selain ruang menunggu dan wifi percuma.

Hino Malaysia kini mengendalikan 37 pusat 3S di seluruh negara yang menggunakan standard dan imej korporat baharu.

Menyentuh tentang permintaan tinggi terhadap trak Hino, Pengerusi Sumai Engineering, Wan Mahyuddin Wan Sulaiman memberitahu pihaknya berjaya meneroka pasaran seluruh negara.

Google ads
Back to top button