Buletin

HONDA HASILKAN SOUND SITTER – DODOI ANAK ANDA DENGAN 37 BUNYI ENJIN

Sedia maklum bahawa Honda sememangnya sebuah syarikat gergasi dunia yang cukup inovatif.

Selepas menguasai pasaran dengan kenderaan, motosikal, produk kuasa dan sebagainya, pasukan jurutera Honda kini mencuba satu bidang baru.

Percaya atau tidak, Honda kini sedang sibuk membangunkan Sound Sitter yang didakwa mampu menenangkan dan membuatkan bayi tidur apabila mendengar bunyi enjin Honda.

Terbaik juga ni.

“Saya terfikir bagaimana jika bunyi rev enjin boleh membuatkan bayi menjadi tenang serta-merta,” kata pasukan jurutera Honda tersebut.

Jadi, apa yang mereka lakukan ialah mengambil 37 bunyi enjin yang berbeza, kemudian letakkan pembesar suara ke dalam patung permainan kereta yang lembut. Walaupun kedengaran agak meragukan, tetapi 7 saat pertama video ini menunjukkan ia berjaya membuatkan bayi menjadi tenang.

“70 peratus tubuh manusia terdiri daripada cecair yang mudah dipengaruhi oleh bunyi. Banyak kajian mengenai pengaruh bunyi ke atas bayi yang baru lahir telah dibuat.

“Ia jelas membuktikan bahawa bunyi yang kedengaran hampir sama sepeti bunyi di dalam rahim mampu memberi kesan sedatif kepada bayi.

“Biarpun bunyi yang didengar di dalam uterus kebanyakannya berfrekuansi rendah seperti aliran darah dan degupan jantung ibu, bunyi enjin Honda juga mempunyai frekuensi 250Hz dan ke bawah,” kata Presiden Persatuan Penyembuhan Bunyi, Keiichiro Kida.

Ada siapa-siapa nak cuba?

Google ads
Back to top button