Artikel PilihanBuletin

LELAKI INI KONGSI CERITA DITIPU PENCURI LICIK YANG MENYAMAR PENYEWA MOTOR

Berbagai cara yang digunakan di zaman ni untuk menipu. Anda bboleh ditipu dengan transaksi dalam talian, atau pun boleh ditipu depan-depan. Tapi, pengalaman yang dikongsi saudara Tasdiqi ini benar-benar mengejutkan kami kerana ia adalah taktik baru yang tak pernah kami dengar. BIasanya penipuan klasik dilakukan secara berselindung, ini tidak, pencuri boleh “deal” berdepan.

Di bawah ialah status yang dikongsi oleh saudara Tasdiqi dan beliau juga mengharapkan agak sama-sama dikongsi supaya penipu tersebut dapat diberkas

………………………………………………………………………

TOLONG SEBARKAN!!!

MINTA TOLONG JASA BAIK SEMUA SAHABAT BIKERS. KALAU TERJUMPA MOTO SY ATAU MAMAT NI,MINTA TOLONG PEGANG DAN INFORM KEPADA SY(OWNER) SEGERA 0127824465 – TASDIQI

KEJADIAN MENYAMAR SEBAGAI PENYEWA DAN CURI MOTOR 25/12/2018 6:00PM

Jenis Motor- KAWASAKI Z800
Warna – Putih & jalur biru
No Plat – WXV 9369
Tempat Kejadian – Green Avenue Condo Bukit Jalil

kronologi kejadian-
1. Pencuri tempah moto utk sewa (4jam 6PM-10pm) kononnya untuk konvoi wedding kawan di Concorde Shah Alam dan minta hantar ke Green Avenue Condo Bukit Jalil

2. Sy(owner) tiba di guard house Green Avenue tepat pukul 6 ptg dan si pencuri sudah menunggu(konon2 nya dia dan kawan2 dia akan berkumpul di Green Avenue sebelum konvoi)

3. Pencuri meminta untuk buat bayaran secara online transfer dan sy bersetuju. Rm200 sewa+ rm50(dia konon nak bagi token sebab susah kan sy hantar motor) +rm200 security deposit= RM450

4. Pencuri kononnya sudah buat instant transfer tapi sy semak duit masih belum masuk

5. sy mintak IC dan Lesen untuk sy snap buat bukti,dia kata ic dia ada dalam kondo dan acah2 nak pergi ambil dan kemudian konon2 dia teringat dia ada simpan gambar ic dia dalam fon dan forward kepada sy

6. Duit masih belum masuk(padahal pada resit dia kata instant transfer) dan untuk meyakinkan sy,di forward gambar lesen isteri dia dan no telefon sebagai jaminan

7. sy serahkan moto dan tunggu dia bawa motor ke dalam condo. selepas tu baru sy beredar menaiki kereta isteri sy.

8. sy rasa tak sedap hati dan call bank cimb utk tanya pasal transaksi dan pihak bank ckp resit tu tak dah sebab kalau buat instant transfer,status yg keluar pada resit ada lah ‘successful’ dan bukan nya ‘accepted for processing’ . status ‘accepted for processing’ hanya akan keluar untuk IBG Transfer( interbank giro) dan buka nya IBFT(instant transfer) – sila rujuk gambar resit yg sy sertakan

8. sy patah balik ke Green Avenue dan tanya pada security,security cakap mamat pencuri ni mmg masuk naik moto dan selepas tu keluar balik dengan moto tu ( maksudnya acah2 masuk kondo dan lepas sy gerak tu,di keluar balik- rujuk point no 6)

9. sebelum sy gerak dr situ dia kononnya acah2 tersalah hantar whatsapp no unit rumah di Green Avenue konon2nya rumah tempat dia dan kawan2 dia berkumpul sebelum konvoi. no unit rumah G-2-1.

10. Sy minta security tadi bawa sy ke unit rumah tu dan mendapati org yg tinggal dekat unit tu langsung tak kenal mamat pencuri ni.

11. sy call concorde shah alam tanya betul ke ada wedding malam ni,concorde jawab tak ada. sy perlu ke concorde shah alam utk tgk sendiri ada wedding ke tak, MEMANG TAK ADA.

12. sy terus shoot ke balai polis bukit jalil untuk buat report,dan setelah pegawai bertugas buat semakan, ic yg diberi tadi ada lah pakai . MUKA SEBENAR TAPI NAMA,NO IC DAN ALAMAT ORG LAIN. so mamat ni nama dia bukan faiz. dia edit IC dan lesen p tarok muka dia. sama jugak lesen bini dia tadi jgk dah di edit dan milik org lain yg mana sy 100% pasti sebenarnya bukan bini dia

Modus operandi yg sgt licik. SO SY DENGAN RENDAH DIRI MINTA KAWAN2 BIKER DAN ORANG RAMAI TOLONG SHARE KAN BERITA NI KEPADA SERAMAI YG BOLEH DAN BANTU SY DAPATKAN MOTOR SY BALIK. Itu je harta yg sy ada…

MINTA TOLONG KALAU TERJUMPA MOTO ATAU ORG YG DALAM GAMBAR IC TU,TOLONG PEGANG DAN INFORM SY SEGERA DI NO 0127824465 – TASDIQI (owner)

GALERI

Google ads
Back to top button