Buletin

HONDA JAZZ 2014

Sedia maklum bahawa Honda Fit (Jazz di pasaran Malaysia) generasi ketiga bakal dilancarkan di Jepun pada bulan depan (September 2013). Menjadi model penting buat Honda, kehadirannya sememangnya ditunggu-tunggu oleh pengguna di seluruh dunia. 

2014-Honda-Jazz-Fit-front

Honda Jazz terbaharu ini menampilkan hala tuju rekaan yang lebih agresif dikenali sebagai Exciting H Design. Tapak rodanya 8cm lebih panjang. Hasilnya, ia mampu menawarkan lebih banyak ruang kargo dan tambahan ruang kaki tempat duduk belakang sehingga 6.5cm.

2014-Honda-Jazz-Fit-gearlever

Sebagai sebuah model generasi baharu, Jazz tampil dengan pelbagai ciri terbaik. Sebagai contoh, ia menjadi model pertama dilengkapi sistem gear klac berkembar tujuh kelajuan iaitu SPORT HYBRID Intelligent Dual Clutch Drive (i-DCD) untuk varian hibridnya. Sistem tersebut dikatakan bakal menggantikan sistem hibrid Honda yang digunakan sebelum ini, IMA.

2014_honda_jazz_overseas_14-0719

Bukan itu sahaja, sebagai sebahagian daripada Earth Dreams Technology, ia juga dipasang dengan  enjin, kotak gear, motor elektrik dan bateri lithium-ion yang baru.

2014-Honda-Jazz1

Jadi, ia kini boleh bergerak dalam mode EV sepenuhnya. Kadar penggunaan bahan apinya juga mengagumkan iaitu 36.4 kilometer bagi setiap liter petrol. Angka itu merupakan peningkatan sebanyak 35 peratus berbanding model Jazz Hybrid terdahulu!

2014-Honda-Jazz-Fit-headlight

Untuk pasaran global, Jazz didatangkan dalam beberapa pilihan enjin:

  • 1.3 liter petrol dengan kotak gear CVT. Kuasa maksimum 98bhp dan  tork 120Nm
  • 1.5-liter petrol dengan kotak gear manual enam kelajuan
  • 1.5-liter hibrid dengan kotak gear berkembar 7 kelajuan. Kuasa maksimum 133bhp dan tork 170Nm
  • 1.5 liter diesel iDTEC (kemungkinan besar)

2014_honda_jazz_overseas_18-0719

Mengulas mengenai Jazz baharu, Jurutera Kanan Pemanduan dan Pengendalian Honda, Terumasa Kotada menyatakan pihaknya menjadikan model Volkswagen Polo sebagai penanda aras sewaktu membangunkan Jazz.

2014-Honda-Jazz-Fit-boot-space

“Sebaik sahaja masuk ke dalam Polo, anda boleh dapati posisi tempat duduknya cukup rendah. Aspek ini memberikan keyakinan kepada pemandu. Ketika memandu Polo, anda akan sedar bahawa titik olengannya yang renda tahap kestabilan yang tinggi. Ini pastinya menambah keyakinan pemandu.

“Justeru, demi mendapatkan keputusan yang diingini, saya telah menguji kereta ini secara ekstensif di atas lebuh raya autobahn di Jerman,” kata Kotada.

02

Memandangkan Honda Malaysia baru sahaja memasang model Jazz versi petrol di kilangnya di Pegoh, Melaka maka Jazz baharu pastinya mengambil masa yang agak lama untuk diperkenalkan di sini.

2014-Honda-Jazz-Rear1

Nampaknya, sudah ramai yang tidak sabar untuk memiliki model kompak ini, saya pun sama!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button