
HONDA JAZZ FACELIFT DIPERKENALKAN UNTUK PASARAN JEPUN
Dua hari lepas, Honda Malaysia mengumumkan bahawa tempahan untuk model facelift Jazz dibuka kepada umum. Bertindak agresif hanya beberapa hari selepas Honda Jepun melancarkan versi facelift untuk pasaran Jepun.
Dari segi rekabentuk luaran, beberapa perubahan kecil dibuat di bahagian utama. Lampu utama kini hadir dengan DRL binadalam, rekaan jeriji radiator yang baru, kemasan pada bampar dan juga lampu kabus yang diperbaharui.
Bampar belakang juga direka semula dan untuk pasaran Jepun, ia mendapat set spoiler belakang. Rim aloi juga direka dengan tema hitam/krom. Model ini dijangka akan masuk ke pasaran pada pertengahan Jun nanti.
BACA: JAZZ FACELIFY SUDAH BOLEH DITEMPAH!
BACA: HONDA JAZZ BAKAL GUNA ENJIN 1.0 TURBO?
Bagi pasaran Malaysia, Jazz facelift merangkumi varian petrol dan Sport Hybrid dijangka memasuki pasaran tempatan pada suku kedua 2017. Penghantaran varian Sport Hybrid pula akan bermula pada suku ketiga tahun ini.
Kini, Honda sekali lagi mengujakan pasaran dengan Jazz Hybrid yang dilengkapi sistem Sport Hybrid. Ini sekali gus menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya negara selain Jepun yang mengetengahkan sistem hibrid Dual-Clutch Drive (i-DCD) pintar tersebut.
Jazz Hybrid baharu dijana oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC baharu yang dipadankan dengan kotak gear berkembar (DCT) bersama High Power Motor bersepadu. Padanan itu menjanjikan pecutan yang responsif dan sporty.
GALERI