Buletin

CARLIST.MY MAA DRIVE, TEST & BUY EVENT 2017 – MARI MEMBELI BELAH DAN PANDU UJI KERETA!

Sedang berlangsung sekarang ialah event Carlist.my MAA Drive, Test & Buy Event 2017 (panjang betul nama event dia). Bertempat di Pusat Konvensyen Setia City, Setia Alam.

Acara yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini dan esok menampilkan lebih 50 buah model kenderaan sedia untuk dipandu uji bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Antara jenama yang mengammbil bahagian ialah BMW, Citroen, Ford, Honda, Isuzu, Kia, Mazda Mini, Mitsubishi, Perodua, Peugeot, Subaru, Toyota dan Volkswagen. Para pengujung bukan sahaja dapat melihat pelbagai jenis model kereta di bawah satu bumbung malah berpeluang memandu uji dan mendapat pelbagai hadiah menarik.

Acara ini telah di rasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Dato’ Henry Sum Agong.

Selain daripada pameran automotif, karnival kali ini juga menawarkan pelbagai aktiviti untuk seisi keluarga. Ada simulator Formula One, kereta lumba kawalan jauh, kawasan permainan untuk kanak-kanak dan tak lupa juga untuk akak-akak, makwe dan makcik merias kuku pun ada.

Datang jangan tak datang!

GALERI

Google ads
Back to top button