
HONDA JAZZ GE, MODEL PALING DRAMATIK, HARGA SAMPAI RM116K!
Honda Jazz memang popular di Malaysia. Model generasi pertama (GD) digemari ramai sehingga sekarang jadi tidak hairan harga unit terpakai masih lagi keras.
Tetapi tidak semuanya indah buat Honda Malaysia. Selepas menikmati populariti yang hebat, Jazz generasi kedua (GE) di negara kita sedikit tenggelam.
Sebab utama ialah harga yang begitu premium untuk sebuah kereta kompak.
Sebagai contoh, Jazz GD1 i-DSI dipasarkan pada harga sekitar RM95,000 manakala varian i-VTEC pula pada RM104,000.
Honda Malaysia pada Ogos 2008 melancarkan Jazz GE pada Ogos 2008. Tahukah berapa harganya?
RM105,000 untuk Grade S dan RM110,000 untuk Grade V. Jika ada yang merasakan Proton X70 mahal, sepuluh tahun lalu Honda Jazz lebih mahal daripada SUV premium tersebut.
Jika dikaji semula sejarah, Jazz GE ini adalah model paling dramatik yang pernah dipasarkan, bermula pada harga premium dan turun sehingga RM75,000.

Selain harga yang naik turun, Honda Malaysia turut memasarkan Jazz GE Hybrid dan menariknya harga turut ‘keras’ sampai sekarang.
Berikut ialah sejarah ringkas Honda Jazz GE di Malaysia:
- Model CBU Thailand dilancarkan pada 20 Ogos 2008
- Dua varian iaitu Grade V (RM104,800) dan Grade S (RM109,800)
- Jazz Grade S Modulo Edition dilancarkan pada 1 Jun 2009, 100 unit terhad (RM104,800)
- Jazz Concept M (Mugen) dilancarkan pada 25 November 2010, 20 unit terhad (RM116,800)
- Jazz facelift dilancarkan pada 27 April 2011 (RM109,800)
- Jazz Hybrid CBU (Jepun) dilancarkan pada 15 Mac 2012 (RM94,800)
- Jazz S dilancarkan pada 8 Ogos 2012 (RM99,800)
- Jazz Hybrid CKD dilancarkan pada 23 November 2012 (RM89,900)
- Jazz CKD dilancarkan pada 11 Julai 2013 (RM74,800)
- Jazz generasi ketiga (GE) dilancarkan pada 16 Julai 2014 dengan tiga varian; S (RM72,800), E (RM79,800), V (RM87,800)
Menarik bukan? dari CBU hingga CKD, dari model i-VTEC hingga hibrid dan Jazz edisi terhad paling mahal dalam sejarah iaitu RM116,800!

Berikut pula sejarah Honda Jazz (Fit) GE di Jepun:
- Mula dijual pada 26 Oktober 2007
- Meneruskan konsep Man maximum, machine minimum pada Jazz GD1
- Menggunakan enjin 1.3 i-VTEC berkuasa 100 PS dengan padanan transmisi CVT dan 5 AT – Type G dan L
- Penggunaan minyak 24km/l
- Model RS (Road Sailing) dengan enjin 1.5 liter i-VTEC dengan padanan transmisi CVT, 5AT dan 5MT
- Dua jenis pacuan iaitu FF dan 4WD
- Pada masa itu, Jazz dikeluarkan di enam kilang di lima buah negara dan dijual di 115 negara
- Jualan kumulatif sudah mencecah dua juta unit sejak 2001
- Harga dari ¥1,197,000 hingga ¥1,785,000

BACA: TAHUN 2001 HONDA JAZZ DIPERKENAL DI JEPUN, MODEL IKONIK SAMPAI SEKARANG
BACA: INI HONDA JAZZ VERSI AS – DENGAN TRANSMISI 6 KELAJUAN MANUAL DAN HONDA SENSING