Buletin

HONDA MALAYSIA KEKAL SEBAGAI JENAMA BUKAN NASIONAL NO 1, TIGA TAHUN BERTURUT-TURUT

Honda masih mengekalkan reputasi sebagai jenama bukan Nasional paling laris di Malaysia. Ia adalah sejarah terbaik yang dicatatkan syarikat ini sejak ditubuhkan pada 2003.

Rekod jualan 2017 ini juga merupakan peningkatan hampir 20 peratus daripada yang diperolehi pada tahun sebelumnya.

Tidak dinafikan, 2017 merupakan tahun bertuah Honda kerana mereka mempunyai enam model baru yang dilancarkan. Ia adalah momentum yang positif semenjak awal tahun menerusi model BR-V yang menjadi MPV terlaris dalam kategorinya.

Pada tahun 2017, Honda Malaysia mencatatkan jualan 109,511 unit buah kenderaan dan merupakan rekod tertinggi mereka melepasi angka 100,000 pertama kali.

BACA: HONDA CIVIC DISEL UNTUK PASARAN UK

Bukan itu sahaja, ia rekod yang tinggi bagi sebuah jenama bukan Nasional yang belum pernah dicatatkan mana-mana pengeluar lain.

Semenjak 2003, Honda Malaysia sudah menjual lebih 730,000 buah kenderaan di Malaysia.

Walaupun dengan pasaran yang perlahan, Honda Malaysia berjaya mencatatkan rekod jualan terbaik pada bulan Disember dengan 11,221 unit. 

Keseluruhan jualan tahun 2017 meningkat 19 peratus berbanding 91,830 pada tahin 2016.

Peningkatan jualan ini disumbangkan oleh pengenalan enam model baru iaitu BR-V, City, Jazz dan Jazz Hybrid, City Hybrid, CR-V dan Civic Type R.

Honda City masih mendahului senarai dengan sejumlah 27 peratus dari jualan keseluruhan diikuti HR-V at 17 peratus, BR-V 16 peratus dan Civic 14 peratus.

Jazz Hybrid dan City Hybrid masing-masing menyumbang 2 peratus dan ia sebenarnya agak membanggakan memandangkan ia hanya diperkenalkan pada suku ketiga tahun lalu.

 

 

 

 

Google ads
Back to top button