
HONDA MALAYSIA PANGGIL SEMULA 58,140 UNIT KENDERAAN
Honda Malaysia hari ini mengumumkan pemanggilan semula kenderaannya akibat masalah beg udara pada bahagian pemandu.
Ia melibatkan sebanyak 58,140 unit kenderaan. Model Honda yang terjejas adalah seperti berikut:
| Model | Year Model | Unit yang Terjejas |
| City | 2011 – 2013 | 33,668 |
| Civic | 2011 | 1,499 |
| CR-V | 2011 | 3,240 |
| Jazz | 2012 – 2013 | 7,084 |
| Jazz Hybrid | 2012 – 2013 | 9,567 |
| Insight | 2012 – 2013 | 2,140 |
| Stream | 2012 – 2013 | 762 |
Langkah ini penting untuk menggantikan inflator beg udara yang rosak dan memastikan keselamatan pemandu. Honda Malaysia memohon maaf atas apa jua kesulitan yang timbul. Ia juga mengesahkan bahawa semua model yang dijual sekarang tidak terlibat.
Semua pelanggan yang dihubungi menerusi surat. Mereka yang menerima surat diminta supaya menghantar kenderaan masing-masing ke pengedar Honda terdekat untuk diperiksa.
Proses penggantian akan dibuat sebaik sahaja alat ganti diperolehi. Semua kos akan ditanggung oleh Honda Malaysia.
Anda boleh menyemak status kenderaan dengan menghubungi nombor Tol Percuma Honda di talian 1-800-88-2020, melayari laman web www.honda.com.my atau mengunjungi mana-mana pengedar Honda di seluruh negara.










