Peranti

ACER LANCAR PRODUK INOVATIF 2016

Acer baru-baru ini memperkenalkan barisan produk terbaharunya untuk pasaran Malaysia. 

Acer-innovative-product-launch-2016-mekanika (3)

Produk-produk itu menampilkan teknologi inovatif seperti penyejukan Acer LiquidLoop™ tanpa kipas dan corak cetakan nano Acer yang membawa aspek reka bentuk serta kemasan akhir ke satu tahap baru.

Rangkaian produk baharu itu diterajui oleh notebook yang sudah lama ditunggu-tunggu dan banyak diperkatakan, Switch Alpha 12. Ia merupakan notebook pertama dalam industri yang tidak mempunyai kipas dan menggunakan pemproses Intel® Core™ i7 Generasi ke-6, Core i5 atau Core i3.

Acer-innovative-product-launch-2016-mekanika (1)

Pengarah Urusan Acer Malaysia, Ricky Tan berkata, “Acer sentiasa melakukan inovasi ke atas produk dan reka bentuk dalam usaha menjadi sebuah syarikat perkasasan + perisian + perkhidmatan. Pelancaran rangkaian produk terbaharu ini adalah sebahagian daripada usaha Acer untuk memperkasa dan mempercepatkan transformasi tersebut.”

Produk-produk lain yang turut dilancarkan serta tidak kurang menariknya ialah Aspire S 13, Aspire R 15, Acer R1 Series dan Aspire E & F Series.

Acer-Switch-Alpha-12-2016-mekanika (3)

Switch Alpha 12

Diperkenalkan kepada dunia kurang sebulan lalu di New York, Switch Alpha 2 baharu dengan Windows 10 jelas membawakan siri 2 dalam 1 Acer itu ke satu tahap baru dari segi inovasi menerusi teknologi penyejukan cecair yang tersendiri.

Teknologi Acer LiquidLoop™ menawarkan operasi yang senyap, boleh dipercayai, prestasi efisien dan kestabilan dengan jangka hayat bateri selama lapan jam untuk kegunaan sepanjang hari.

Switch Alpha 12 memberikan ciri terbaik yang ada pada rangkaian produk Switch 2 dalam 1 Acer. Ia turut ditambah dengan ciri-ciri baru seperti rekaan tanpa kipas, papan kekunci ultra nipis yang boleh dilekatkan dan prestasi perkomputeran mudah alih terkini menerusi pemproses Intel Core Generasi ke-6.

Acer-Switch-Alpha-12-2016-mekanika (1)

Reka bentuknya yang versatil dengan kaki multi posisi, papan kekunci boleh dipasang serta Acer Active Pen tambahan nyata menawarkan fleksibiliti sebagai sebuah notebook Windows 10 dan tablet dengan fungsi PC sepenuhnya. Ini menjadikannya teman ideal untuk sesiapa sahaja yang ingin menghasilkan, menyunting dan menikmati kandungan di mana-mana sahaja.

Switch Alpha 12 hadir bersama paparan skrin sentuh bersaiz 12 inci dengan resolusi 2160 x 1440 yang cukup mengagumkan. Ia membolehkan pengguna untuk menonton apa sahaja dengan kejelasan yang luar biasa. Switch Alpha 12 yang ringan dan nipis kini boleh didapati di Malaysia pada harga bermula RM2,499.

Acer-Aspire-S- 13-2016-mekanika (2)

Aspire S 13

Komputer riba siri S yang ultra nipis kini menawarkan gabungan terbaik di antara prestasi dan binaan pada harga cukup menarik menerusi model Aspire S 13.

Hanya setebal 14.58mm, Aspire S 13 ialah komputer riba ultra nipis bersaiz 13.3” yang berkuasa dan efisien. Ia cuma seberat 1.3kg dan merupakan salah satu ultrabook paling nipis di dunia.

Acer-Aspire-S- 13-2016-mekanika (1)

Lebih menarik,  Aspire S 13 sememangnya sangat cantik. Kesan potongan serong yang tajam dan kemas menggunakan permata pada bahagian sisi C-cover dan Touchpad yang tepat membuatkan S 13 cukup menarik perhatian.

Selak yang berkilat kelihatan kontras dengan pelindung berwarna matte, sekali gus membuatkan S 13 begitu menonjol. Sementara corak cetakan nano Acer yang bergaya dan premium pada bahagian besi atas membawa reka bentuk ke tahap seterusnya.

Acer-Aspire-S- 13-2016-mekanika (3)

Lebih pantas – Pemprosesan berkuasa tinggi dengan Pemproses Intel® Core™ Generasi Ke-6. Bukan itu sahaja, port USB 3.1 Type-C yang boleh diterbalikkan menyokong pemindahan data ultra pantas.

Sebagai notebook pertama di pasaran yang mempunyai fungsi MU-MIMO bersepadu, Aspire S 13 menawarkan prestasi termaju dan kecekapan rangkaian yang tiada tandingan.

Nikmati penggunaan Aspire S13 selama 13 jam tanpa perlu megecaj semula. Pada masa sama hayati kualiti bunyi yang jelas dengan Acer TrueHarmony™. Komputer riba ini sudah boleh didapati di semua pengedar sah Acer pada harga bermula RM2,799.

Acer-Aspire-R-15-2016-mekanika (1)

Aspire R 15

Acer turut memperkenalkan Acer Aspire R 15 baharu. Ia merupakan peranti boleh ubah 360 darjah bersaiz 15 inci bersama selak penutup lembut yang menawarkan transformasi elegan di antara empat mode.

Menerima Anugerah Red Dot: Reka Bentuk Produk 2016 atas kecemerlangannya dalam menggabungkan aspek reka bentuk dan kegunaan, Aspire R 15 yang versatil ini boleh diratakan 180 darjah. Pada masa sama dapat meningkatkan produktiviti, mudah diakses dan menghiburkan.

Aspire R 15 dijual pada harga RM2,999.

Monitor R1 Series

Monitor R1 Series menampilkan reka bentuk ultra nipis iaitu hanya 6.6mm pada bahagian bucunya dengan bezel ZeroFrame untuk memaksimumkan pengalaman menonton.

Resoulisi HD sepenuhnya dan teknologi IPS menyokong sudut tontonan luas 178 darjah. Visualnya yang tajam dan luar biasa itu disempurnakan lagi dengan teknologi kesihatan mata seperti Acer Flicker-less dan Teknologi Blue Light Filter.

Aspek ketersambungan monitor R1 Series lebih mudah dengan sambungan VGA, DVI dan HDMI. Boleh didapati dalam saiz 21.5”, 23.8” dan 27”, R1 Series ditawarkan pada harga bermula RM479.

Acer-Aspire-E-Series-2016-mekanika (2)

Aspire E & F Series

Aspire E dan F Series baharu menawarkan skrin bersaiz 14”, 15” dan 17”.  Sangat sesuai untuk kegunaan harian, Aspire E Series baharu menawarkan prestasi lebih baik dengan Pemproses Intel® Core™ Generasi Ke-6; pengalaman lebih baik menerusi MIMO multi-pengguna; transit data pantas DDR4 dan sambungan internet laju tanpa wayar.

Di samping rekaan menarik bersama pilihan pelbagai warna bergaya dan semua port penting termasuklah USB Type-C. Alami juga impak sensasi dengan Acer ExaColor, pembesar suara Acer TrueHarmony™, Skype untuk  Business Certification dan Webcam dengan HDR.

Acer-Aspire-E-Series-2016-mekanika (1)

Aspire E Series ditawarkan pada harga bermula RM1,699 yang mampu milik. Sementara harga Aspire F Series pula bermula RM2,699 seunit.

Maklumat lanjut tentang ciri-ciri dan spesifikasi produk, sila layari Facebook Acer Malaysia atau hubungi Acer Product Infoline di talian 1800-88-1288 (9am – 6pm, Isnin hingga Jumaat).

Google ads
Back to top button