Motosikal

YAMAHA TRICITY 155 BAKAL BERADA DI EROPAH

Yamaha Motor Co., Ltd. baru-baru ini melancarkan model TRICITY 155 di pasaran Eropah.

2016-Yamaha-Tricity-155-mekanika (5)

Jentera dengan dua tayar di hadapan itu dijangka mula dijual di sana pada September 2016. Sebagai sebuah model global, ia juga bakal diperkenalkan di Jepun, Asia dan negara-negara lain.

TRICITY 155 merupakan model kedua LMW (Leaning Multi Wheel). Ia dilengkapi enjin BLUE CORE dengan sistem penyejukan cecair bersesaran 155cc.

2016-Yamaha-Tricity-155-mekanika (2)

Pada April 2014, Yamaha Motor melancarkan TRICITY 125 di Thailand sebagai kenderaan komersial tiga roda pertamanya. Model sama kemudian dilancarkan di Jepun dan Eropah.

Model tersebut nyata popular kerana mampu memberikan keseronokan baharu. Ia bukan sahaja menawarkan gaya mantap, malah pengendalian yang sporty dan stabil.

2016-Yamaha-Tricity-155-mekanika (4)

TRICITY 155 memiliki beberapa karekteristik utama. Antaranya,  gabungan enjin BLUE CORE dan reka bentuk LMW menawarkan prestasi serta penjimatan bahan api. Kerangka baharu yang lebih tegar dan posisi tunggangan selesa. Parkir brek baharu serta lampu utama LED.

TRICITY 155 akan dikilangkan oleh pihak Thai Yamaha Motor Co., Ltd. di Thailand.

Google ads
Back to top button