Buletin

HONDA MALAYSIA PERKENAL JAZZ MUGEN & BR-V EDISI KHAS – TERHAD 300 UNIT SAHAJA

Honda Malaysia hari ini memperkenalkan edisi khas untuk model Jazz dan BR-V yang dihadkan kepada 300 unit sahaja.  

JAZZ MUGEN

Jazz kini dipasang dengan bodykit Mugen untuk penampilan lebih sporty. Bahagian luarannya diserlahkan dengan bampar hadapan Aero, lampu kabus LED, gril hadapan sporty dan kemasan pada lampu belakang. Tidak ketingalan skirting sisi dan spoiler belakang untuk kelihatan lebih rugged.  

Tawaran bodykit Mugen ini dibuat selepas mendapat maklum balas daripada pasaran yang mahukan sebuah Jazz yang lebih sporty. 

Sejak diperkenalkan pada tahun 2003, lebih 90,000 unit Jazz telah berjaya dijual di Malaysia. Pada Disember 2018, jualan Jazz mencatat lebih 13,000 unit atau 13 peratus daripada jualan keseluruhan Honda Malaysia.

Prestasi itu membolekan Jazz mengekalkan kedudukan No. 1 dalam segmennya dengan mengusai 86 peratus perkongsian pasaran dari Januari hingga Disember 2018. 

Jazz dikuasakan oleh enjin 1.5L i-VTEC yang dipadankan bersama kotak gear CVT yang dibangunkan di bawah teknologi Earth Dreams Honda. Ia merupakan satu-satunya hatchback yang dilengkapi empat mode/konfigurasi tempat duduk ULTRA demi memnuhi apa jua keperluan pengguna. 

Jentera itu juga didatangkan dengan pelbagai ciri keselamatan seperti enam beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Hill Start Assist (HSA), ABS dan ISOFIX.

Jazz Mugen ditawarkan pada harga RM88,600 seunit untuk warna Modern Steel Metallic dan RM88,720 bagi warna outih mutiara.  

BR-V EDISI KHAS

Bagi mereka yang sedang berkira-kira untuk memiliki sebuah crossover 7 tempat duduk, BR-V Edisi Khas kini dipasang dengan spoiler belakang, Running Board dan pemijak sisi untuk kelihatan lebih sporty. 

Untuk ruang kabin pula, ia dilengkapi sistem infotainmen bersaiz 6.8 inci dengan ketersambungan telefon pintar. 

Sejak dilancarkan pada Januari 2017, lebih 29,000 unit BR-V sudah terjual. Pada tahun 2018, ia mencatat jualan hampir 11,300 unit atau 11 peratus daripada jualan keseluruhan Honda Malaysia. Model itu juga merekodkan perkongsian pasaran sebanyak 47 peratus pada tahun 2018. 

BR-V dikuasakan oleh enjin 1.5L i-VTEC yang dipadankan dengan kotak gear CVT. Jentera itu terkenal dengan konfigurasi tempat duduk yang versatil. 

Honda Malaysia juga memperkenalkan pilihan warna merah mutiara pada BR-V, sekali gus menggantikan warna merah (Dark Ruby Red Pearl) sebelum ini. 

BR-V Edisi Khas didatangkan dalam warna merah mutiara  dan putih mutiara dengan masing-masing berharga RM90,700 dan RM91,000 seunit.  

*Harga tidak termasuk insurans.

Google ads
Back to top button