Buletin

HONDA MALAYSIA RAIKAN PEMILIK CIVIC KE 130,000!

Honda Malaysia mencatatkan peristiwa sejarah hari ini dengan penyerahan Honda Civic ke 130,000 kepada pemiliknya. Pencapaian yang mengagumkan ini adalah statistik jualan Civic sejak Generasi ke-7 diperkenalkan di Malaysia (di bawah Honda Malaysia) pada tahun 2001.

Rekod jualan ini mencerminkan penerimaan pasaran yang baik terhadap Civic dalam segmen C. Ketika ini, Civic masih memegang kedudukannya sebagai pemimpin segmen C.

Civic adalah antara model Honda yang popular di Malaysia, dengan Generasi ke-7 mencatatkan lebih daripada 9,300 unit jualan. Generasi ke-8 menyumbang jualan sebanyak 50,400 unit diikuti oleh Generasi ke-9 dengan jualan lebih 27,000 unit.

Generasi ke-10 yang dilancarkan pada 2016, yang juga merupakan generasi pertama yang dikuasakan oleh enjin turbo, sudah terjual lebih daripada 42,200unit.

Naib Presiden Honda Malaysia, Cik Jahabarnisa Haja Mohideen berkata pada majlis penyerahan tersebut;

“Terima kasih dan terima kasih yang sangat besar kepada semua 130,000 pelanggan Civic di Malaysia. Sokongan dan kepercayaan mereka terhadap jenama Honda telah membolehkan model kami untuk mengetuai setiap segmen termasuk Civic dalam C-segment.

“Di Malaysia, Civic adalah sinonim dengan jenama Honda dan secara konsisten telah baik disokong oleh rakyat Malaysia. Walaupun terdapat batasan unit jualan pada awal tahun lalu, Civic terus menguasai segmen C dengan pasaran tertinggi pada 77%.

“Dengan model terkini termasuk Civic yang popular, kami percaya berada di landasan yang betul untuk sasaran jualan kami untuk tahun 2019. Kami kini kekal sebagai No.1 dalam Segmen Bukan Nasional dan No.2 dalam Jumlah kedudukan Keseluruhan Industri (TIV). “

Google ads
Back to top button