;
Artikel Pilihan

SEMBANG SANTAI – APALAH KHABARNYA SI PROTON EXORA

Agak lama juga Brader Karrager tak merapu. Bulan puasa sebegini mood pun tingtong sikit. Hangpa pun mesti suka kalau BK buat artikel merapu macam ni kan. Baca sahajalah ya.

BK : Assalamualaikum Exora. Nampak letih nau. Puasa?

Exora : Waalaikumussalam BK. Alhamdulillah, masih puasa. Cumanya hari ini terasa letih sikit. Pagi tadi lewat bangun sahur. Sempat kunyah kurma sebiji sama air kosong aja. Tahu tahu saja dah dengar orang Baang

BK : Kes tak setting alarm la ni kan? Macam budak – budak!

Exora : Hehehe! Biasalah BK. Terlupa. Maklumlah, bujang.

BK : Macam – macamlah kau ni Exora. Hah, tak lama kita dah nak sambut Hari Raya. Persiapan dah buat ke?

Exora : Tak ada nak buat apalah BK. Maklumlah, dah tua – tua ni apa yang ada pakai jela. Kuih pun tak order lagi. Beli malam raya ajalah kot kat Jalan Raja nanti.

BK : Musim – musim nak Raya ni tak ada orang ke cari kau?

Exora : Aduh! Berat sungguh soalan ni Brader. Entahlah. Sejujurnya memang orang tak minat dan tak mencari saya lagi dah. Iyalah, SUV 7 tempat duduk kan tengah trending sekarang ni. MPV tua macam saya ni kira rare lah kalau ada lagi yang masih mencari.

BK : Kenapa kau tak keluar versi facelift serupa adik – beradik kau yang lain tu?

Exora : Entahlah Brader. Takkan nak keluar facelift lagi? Lagi pula saya fikir ada eloknya Iriz sama Persona yang jalan dulu untuk facelift baharu ni. Diaorang tu pun masih laku lagi. Eloklah kalau di facelift kan. Saya ni kalau make up sana sini bubuh Hi Proton pun entah ada orang nak beli ke tidak entah. Nak tunggu pengganti saya pun rasanya mungkin kena tunggu lagi dua tiga tahun. Tapi tak tahulah kan. Kot kot pengurusan kata nak keluarkan pengganti selepas model X50 pula kan?

BK : Itu lah. Tapi aku tengok bakal calon kau boleh tahan lawa juga. Lebih daripada Hi Proton pun ada. Cuma aku sedikit gusar tentang harga dia nanti. Mau jenis premium juga aku fikir.

Exora : Iyalah. Padanlah dengan spesifikasi yang ditawarkan. Cuba BK fikir sewaktu X70 sebelum dilancarkan. Macam – macam orang mengata. Tapi tengok sekarang macam mana dia punya laku? Pada hal harga X70 dah masuk kategori mahal juga. Dan saya yakin, formula yang sama akan diaplikasikan terhadap model pengganti saya nanti.

TAWARAN PROTON SEMPENA MERDEKA

BK : Tak mengapalah Exora. Apa pun, aku nak ucapkan tahniah dan terima kasih di atas budi dan jasa kau terhadap rakyat Malaysia selama ini. Merasalah juga pakai MPV sedap dengan harga yang murah.

Exora : Sama – sama BK. Mujur juga ada yang menghargai. Er, nanti Raya jangan lupa jemput saya kalau buat Open House.

BK : Alah, tak payah nak Open House. Kau datang jela rumah aku bila – bila pun. Nanti kalau senang aku pos kan kad raya tahun ni.

Exora : Baiklah BK. Selamat berpuasa

BACA : SEMBANG SANTAI – KENAPA BERDUKA NISSAN ELGRAND?

BACA : SEMBANG SANTAI – PERODUA RUSA TANYA APA KHABAR

Tags
Google ads
Back to top button