BOSCH Mrec – Desktop
Buletin

HONDA MALAYSIA RAYU PEMILIK ACCORD 2003-2007 DATANG TUKAR BEG UDARA

SHARE

Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula 9,998 unit Accord (2.0L) Model Tahun 2003 – 2007 untuk penggantian inflator beg udara pemandu sebagai langkah pencegahan.

Honda Malaysia meminta maaf atas kesulitan yang timbul kepada pelanggan sekali lagi. Memandangkan keselamatan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan Honda, syarikat percaya bahawa penarikan balik kedua ini perlu sebagai langkah berjaga-jaga dan menggesa pelanggan yang terjejas untuk menggantikan inflator beg udara depan yang rosak secepat mungkin.

Penggantian beg udara akan dibuat secara percuma.

Toyo Tyre R2 – LD – Desktop

Honda Malaysia juga menekankan bahawa semua model jualan semasa tidak terjejas dan mereka akan terus membuat kawalan yang ketat untuk memastikan keselamatan pelanggan.

Sehingga hari ini, tiada kemalangan atau kecederaan yang berkaitan dengan inflator beg udara Takata pada model keluaran tahun 2003 – 2007 Model Accord (2.0L) yang dilaporkan di Malaysia.

Pelanggan yang terjejas akan menerima surat pemberitahuan dari Honda Malaysia dengan butir-butir penarikan balik produk dan tahap ketersediaan stok. Honda Malaysia sangat menggalakkan pelanggan yang menerima surat untuk menghantar kenderaan mereka ke mana-mana 95 Pengedar sah Honda untuk pemeriksaan dan penggantian.

Stok inflator udara penggantian kedua untuk 9,998 unit Accord (2.0L)  Tahun 2003 – 2007 akan disediakan secara berperingkat-peringkat dan Honda Malaysia telah melakukan yang terbaik untuk memastikan ketersediaan stok 100% dalam tempoh yang singkat.

Setakat 21 April 2019, Honda Malaysia telah melengkapkan lebih daripada 243,720 unit penggantian inflator beg udara pengemudi Takata, bersamaan 92%. Jumlah inflator penumpang pula siap sebnayak 527,480 unit atau kira-kira 89%.

Honda Malaysia juga merayu kepada pelanggan Honda yang terjejas yang masih belum menggantikan airbag depan Takata digantikan dengan segera kerana ia mungkin menggunakan tekanan dalaman yang berlebihan apabila diaktifkan. Perumah inflator beg udara yang rosak mungkin pecah yang boleh menyebabkan kecederaan atau kematian pemandu dan penumpang.

Pemilik kenderaan boleh menyemak status balik kenderaan mereka sama ada dengan melayari www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau dengan menghubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020.

Tags
Google ads
Back to top button