Buletin

SETIAP 6 MINIT, 1 KERETA PERODUA TERJUAL. INI JENAMA KEGEMARAN MALAYSIA!

Perodua telah menerima sebanyak 450 tempahan di Malaysia Autoshow 2019 baru-baru ini, mencatat jumlah tempahan tertinggi yang pernah diterima oleh Perodua di acara tahunan tersebut.

Dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), acara empat hari tersebut berlangsung di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) dari 11hb-14hb April yang lalu.

“Ini bermakna Perodua telah mengumpul lebih daripada 110 tempahan setiap hari secara purata. Ini merupakan pencapaian tertinggi sejak kami mula menyertai Malaysia Autoshow pada tahun 2017,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr Zahari Husin.

“Walaupun Myvi menerima tempahan yang paling banyak antara model-model kami, Bezza telah menarik perhatian orang ramai dengan adanya Perodua Bezza Limited Edition, yang mana hanya 50 unit ditawarkan khas untuk Autoshow serta para pelanggan kami yang telah menjadikan Bezza antara sedan yang terlaris di Malaysia.

“Malah, 50 unit edisi terhad Autoshow ini telah ditempah sepenuhnya dalam masa tiga hari. Buat masa sekarang, kami tidak bercadang memperkenalkannya di pasaran kerana kami inginkan 50 unit ini khas untuk acara ini,” tambah Dato’ Dr Zahari.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Ditawarkan pada harga RM44,890, Perodua Bezza Limited Edition tampil dengan warna luaran Ivory White, kit badan GearUp kemasan hitam matte yang dikelilingi jejalur merah serta spoiler belakang berwarna hitam matte.

Model tersebut juga didatangkan dengan bumbung berwarna hitam, rim aloi berwarna kelabu gelap, cermin sisi berwarna merah dan pelekat bercorak geometrik pada bonet serta pada bahagian sisi.

Bahagian dalaman Perodua Bezza Limited Edition lebih bergaya dengan penambahan sarung tempat duduk GearUp dengan kemasan jahitan merah, corong udara berwarna merah serta karpet koil GearUp.

Perodua Bezza menjadi popular di Malaysia sejak dilancarkan pada 2016, dengan lebih daripada 150,360 unit dijual sehingga kini. Ia merupakan sedan pertama Perodua dan direka sepenuhnya oleh syarikat tersebut.

Selain Bezza Limited Edition, Perodua juga memperkenalkan aksesori GearUp baharu untuk SUV terbaharu, Aruz, yang turut diterima baik oleh orang ramai.

“Kami mengalu-alukan semua rakyat Malaysia untuk melihat Aruz bersama-sama dengan aksesori terkini di pusat pameran Perodua yang terdekat, di mana penasihat jualan sah kami bersedia untuk menjawab sebarang pertanyaan anda mengenai tawaran terkini kami,” kata Dato’ Dr Zahari.

Tags
Google ads
Back to top button