Buletin

CARLOS GHOSN DIBEBASKAN DENGAN IKAT JAMIN

Bekas Pengerusi Nissan Motor Co, Carlos Ghosn telah dibebaskan dengan ikat jamin, seperti yang dilaporkan agensi berita Xinhua, yang memetik media Jepun.

Mahkamah Daerah Tokyo menetapkan jaminan sebanyak 500 juta yen (RM18.5 Juta) berikutan dakwaan keempat atas tuduhan menyalahgunakan dana Nissan.

Tuduhan terbaru adalah berkaitan pecah amanah di mana pendakwaraya percaya bahawa sebahagian dana yang dibayar kepada pengedar di Oman telah disalurkan kembali ke Ghosn untuk kegunaan peribadi.

Pendakwa raya percaya bahawa dalam hal ini, penyalahgunaan dana kos Nissan mengakibatkan kerugian berjumlah AS$5 Juta (RM20.6 Juta)

Ghosn sebelum ini dibebaskan dengan ikat jamin selepas ditahan selama 108 hari di Tokyo tetapi diberkas semula pada 4 April.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Dalam mesej video yang dikeluarkan oleh peguamnya selepas dia ditangkap, Ghosn mengekalkan komitmen tidak bersalah dan mendakwa bahawa dia telah menjadi mangsa konspirasi eksekutif di Nissan.

Pendakwa dijangka merayu keputusan mahkamah terhadap pembebasan Ghosn.

Tags
Google ads
Back to top button