Buletin

HONDA MALAYSIA RECALL 1,527 UNIT HR-V, BR-V, CITY DAN CITY HATCHBACK

Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula ke atas 1,527 unit kenderaan sebagai langkah keselamatan buat para pelanggannya. 

Model-model yang terlibat adalah seperti berikut: 

Panggilan semula atau recall itu adalah kerana dua situasi:  

A. Pemeriksaan tork nat torque pada Alternating Current Generator (ACG) 

Ia bagi memeriksa tahap ketat nut pada terminal ACG pendakap (harness) enjin. Jika tidak diselesaikan, nat yang longgar boleh menyebabkan sentuhan dengan terminal lemah atau bateri tidak dapat berfungsi. Jadi, enjin boleh mati ketika memandu dan pemandu mungkin tidak boleh menghidupkan enjin selepas kereta berhenti.  

B. Pemeriksaan bolt bumi yang tidak ketat 

Memeriksa bolt bumi yang boleh menyebabkan pendakap pendawaian menjadi longgar. Keadaan itu boleh mengakibatkan tahap sentuhan terminal menjadi lemah. Jadi, enjin boleh mati secara tiba-tiba ketika memandu atau enjin tidak boleh dihidupkan selepas kereta berhenti. 

Kepada semua pelanggan yang terjejas, Honda Malaysia memohon maaf ke atas kesulitan ini. Harus tahu  bahawa semua model yang dijual sekarang tidak termasuk dalam panggilan semula berkenaan. Setakat ini, tiada kemalangan atau kecederaan akibat isu tersebut dilaporkan di Malaysia. 

Semua pelanggan yang terlibat akan dihubungi menerusi surat. Justeru, mereka boleh menghubungi mana-mana pengedar sah Honda dan membuet temu janji untuk kereta diperiksa. Kos pemeriksaan dan penggantian alat ganti terlibat adalah ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia. 

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut atau memeriksa status kenderaan dengan menghubungi talian: 1-800-88-2020

Google ads
Back to top button