Buletin

HONDA MALAYSIA. TOLONG, KAMI NAK YANG INI, STEPWGN MODULO X!

Sebenarnya, Honda Malaysia sudah ada setiap model bagi setiap segmen. Mereka bermula dengan seggmen B iaitu Jazz, HR-V dan City, kemudian segmen C, Civic, kemudian D ada Accord.

Honda Malaysia juga ada MPV Crossover kecil BR-V dan juga MPV saiz penuh iaitu Honda Odyssey. Dan jika anda perasan, mereka ada jarak yang jauh antara BR-V dan Odyssey. 

Satu masa dahulu, ada Stream (dan freed).

Kini, pasaran itu kosong tanpa sebarang model dan sebenarnya Abang Japar pernah tanya beberapa kali kepada Honda Malaysia, mereka perlu ada sebuah model bagi julat harga RM130K-RM160K dan model yang mungkin boleh mengisi segmen ini ialah StepWGN atau Jade.

Secara peribadinya, Abang Japar rasa StepWGN lebih mudah dijual berbanding Jade. 

Dan sebenarnya, tiada model yang benar-benar kuat dalam pasaran ini. Cuma ada Nissan Serena dan Mazda Biante.

Tahu apa Honda Malaysia cakap?, Mereka belum ada sebarang perancangan untuk bawa masuk StepWGN. 

Sewaktu ke Jepun bulan Januari lepas, Abang Japar bersama Wan gemok dan Brader Kodiang menyewa kereta ni dan kami berjalan separuh wilayah Kanto sampai ke Aichi. Ia sebuah MPV yang sedap dan praktikal

Ni keretanya,

Selain ada ruang bagasi yang unik, ia ada pintu belakang “Waku Waku” yang unik.

Tengok pintu belakang dia

Hari ini kami akan ke Nagoya, esok nak melawat muzium Automotif paling best di bumi.Ni nak demo sikit pintu tailgate belakang kereta sewa kami, Honda StepwgnKreatif engineer Honda ni!

Posted by Mekanika Malaysia on Sabtu, 13 Januari 2018

Jadi sebenarnya apa?

Sebenarnya, Honda Jepun baru melancarkan StepWGN varian Modulo X.

Ia masih menggunakan model yang sama, kotak, tinggi dan enjin 1.5 turbo bersama transmisi CVT.

Modulo X dilengkapi dengan kosmetik baharu, suspensi yang lebih rigid dari Modulo dan yang paling ketara ialah paparan monitor 10 inci di bahagian papan pemuka menggantikan versi 9 inci sebelumnya.

Ia didatangkan dengan pilihan tujuh atau lapan tempat duduk. 

Harap-harap Honda Malaysia dapat pertimbangkan bawa masuk model ni sebab sebenarnya, ia ada potensi untuk dipasarkan untuk keluarga golongan pertengahan.

 

GALERI

 

 

 

Google ads
Back to top button