Buletin

GEELY TERAJUI SEGMEN KENDERAAN TENAGA BAHARU DI CHINA

Geely Auto Group dilihat mengukuhkan posisinya sebagai pemain utama dalam pasaran kenderaan tenaga baharu di China.

“China pasti akan menjadi pusat revolusi tenaga baharu global yanag bakal mengubah kenderaan. Sekali gus menjadikan industri automotifnya lebih kukuh dan berdaya tahan.

“Sebagai sebuah jenama automotif utama di China, kami sedar bahawa persaingan dalam era baru ini hadir dalam bentuk teknologi. Jadi kami mesti berada di hadapan menerusi inovasi teknologi,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Geely Auto Group, An Conghui.

Geely menyedari perkembangan ini sejak 12 tahun lalu dan telah memulakan langkah dengan membuat pelaburan yang banyak dalam aspek pembangunan dan penyelidikan.

Di samping mengintegrasikan sumber globalnya dan mengukuhkan lagi kolaborasi dengan Volvo.  

Syarikat itu telah menggaji sekitar 2,500 orang pakar di seluruh dunia dalam bidang kejuruteraan tenaga baharu.

Ia memberi fokus ke atas pembangunan jentera hibrid, elektrik sepenuhnya, sel bahan api dan teknologi bahan bakar alternatiif.  

Hari ini, Geely menerajui dunia dalam aspek teknologi tenaga baharu dengan hak intellectual property. Geely juga terus bergerak ke arah pembangunan teknologi asas tenaga baharu dan mengaplikasinnya menerusi modularisation and platformitasation.

Perkembangan itu nyata selari dengan Blue Geely Initiative yang diumumkan pada tahun 2015, di mana ia mahu menghasilkan kenderaan bertenaga baharu secara massa menjelang tahun 2020.

Mazda CX30

Geely Auto Group meletakkan sasaran 90 peratus jualannya melibatkan kenderaan berkenaan yang dibina berasaskan kepada 3 teknologi utama iaitu elektrik (EV), plug-in electric (PHEV) dan hybrid electric (HEV).

Pada acara Beijing International Motor Show 2018, Geely telah memperkenalkan Bo Rui GE. Sedan hibrid pintar pertamanya itu menggunakan sistem hibrid plug-in 1.57+7DCTH yang dibangunkan bersama oleh Geely dan Volvo.

Mencatat penggunaan minyak sekitar 1.6l/100km, ia menjadi jenama China pertama yang mampu melepasi rekod pengeluar kenderaan antabangsa dari segi penjimatan minyak dan prestasi.

Pada majlis yang sama, Geely turut memperkenalkan versi mild hybrid 48V BSG Bo Rui GE. Sedan itu dikatakan mampu mencatat penjimatan bahan api pada 5.8l/00km, 15 peratus lebih jimat berbanding enjin biasa.

“Tahun ini sahaja, Geely akan melancarkan banyak model yang dilengkapi sistem tenaga baharu. Tidak lama lagi, semua platform dan produk kami akan jadi elektrik sepenuhnya,” jelas An. 

Tags
Google ads
Back to top button