Artikel Pilihan

DUA BUAH KERETA KLASIK LANCIA YANG RARE UNTUK DILELONG

Apabila berbicara perihal kereta klasik, sama ada suka atau tidak bagi orang perempuan, penggemarnya melata di seluruh pelusuk alam. Kereta yang selayaknya tinggal di muzium ini (kata orang perempuan) akan tetapi masih diburu oleh penyimpan yang mahu memuaskan nafsu mata yang memandang. Tak salah sebenarnya menghabiskan duit untuk hobi yang sebegini tetapi kena pastikan makan pakai anak bini semua terjaga. Kalau anak bangsawan lain cerita. Duit memang berkoyan melimpah ruah.

BACA : FORD SIERRA COSWORTH UNTUK DILELONG – KERETA JUARA BTCC NI DER!

BACA : SEBUAH MERCEDES YANG PERNAH DIMILIKI HITLER BAKAL DILELONG

Nah, sempena Silverstone Auction yang bakal berlangsung tanggal 19 Mei nanti, ada dua buah model klasik yang rare untuk dilelong, Lancia Aprilia Farina Cabriolet dan juga Lancia Aurelia B20 GT Series. Punyalah panjang nama. Entah muat ke tidak entah nak isi dalam Geran JPJ zaman tu.

Sedikit sejarah mengenai Lancia, ianya telah diasaskan oleh Vincenzo Lancia pada tahun 1906 di Itali Tapi kini di era moden ini telah bernaung di bawah kumpulan Fiat.

Apa yang menarik kedua-dua model klasik pasca perang ini, ianya telah direka oleh pereka lagenda dunia, Pininfarina. Model Lancia Aprilia Farina Cabriolet ini barangkali boleh dianggap sebagai model cabriolet terbaik di eranya sewaktu mula dibina pada tahun 1946. Pemilikan pertama kereta ini didaftarkan pada 1 Januari 1947 di Switzerland.

Setelah beberapa puluhan tahun dan bertukar nama pemilik, kini pemilik keempat kereta yang masih berasal dari Switzerland, telah membawanya ke UK untuk dilelong. Kondisi jangan risau. Semuanya ori kereta, Persis Nyonya Mansor di masa muda. Harga? Boleh mencecah sehingga £250,000 (RM1,350,087).

Manakala model kedua Lancia Aurelia B20 GT Series ini pula ori kereta, satu daripada 573 buah yang pernah di bawa masuk ke UK pada ketika kereta itu dibina pada tahun 1954.

Kereta yang dianggap sebagai terbaik dengan menggabungkan ciri mewah dan prestasi. Memang menjadi idaman anak muda berketurunan bangsawan di kala itu. Apatah lagi, model ini turut dilengkapi dengan enjin V6 buat pertama kalinya pada zaman tv semua hanya ada satu warna sahaja.

Kereta ini telah kembali menjalani proses restorasi dengan teliti memastikan ianya sama seperti hampir sama keluar daripada kilang berpuluh tahun yang lampau. Jumlah keseluruhan pemilik seperti yang tercatat dalam Geran JPJ UK hanyalah setakat lima orang sahaja.

Dan pemilik yang terakihir ini telah bersedia untuk melepaskannya kepada pemilik baharu dengan harga jangkaan bagi lelongan model ini boleh pergi sehingga £120,000 (RM648,042). Kira murahlah sikitkan dari model yang pertama kan.

Google ads

B K

Back to top button