Buletin

HONDA PERKENALKAN PERFORMANCE PARTS UNTUK CIVIC TYPE R DAN CIVIC Si

Bagi semua peminat termasuk kami sendiri pun Honda Civic Type R baru sudah cukup sporty dan bergaya. Termasuklah juga Civic Si yang tidak kurang hebatnya dari segi penampilan. Tapi Honda sudah sedia maklum dengan trend modikasi yang bakal menjelma kepada model-model baru mereka ini.

Untuk itu pada pameran SEMA baru-baru ini, Honda telah memperkenalkan beberapa kit aksesori khusus yang dinamakan “Red Carbon” kit untuk Type R dan HFP Series kit untuk Civic dan juga Jazz.

Red Carbon kit ni memang kita dah boleh agaklah memang akan dihasilkan daripada gentian karbon original dan bukannya menggunakan tampalan stiker ala gentian karbon. Antara yang diberi sentuhan baru oleh kit ini ialah penutup cermin sisi, spoiler belakang dan beberapa bahagian dalaman untuk menyerlahkan lagi kereta yang sudah sedia hebat ini.

Yang menjadikan kit ini istimewa ialah kemasan gentian berwarna merah yang dijalin sekali dengan gentian karbon. Sudah tentu ada bahagian tertentu yang dihasilkan dengan material lain seperti tombol gear dengan kemasan kulit berwarna merah, konsol tengah dengan iluminasi, kemasan dengan logo ‘R’ pada bahagian tertentu.

Kemasan gril berwarna merah dan sport rim berwarna putih dalam gambar bagaimanapun bukan sebahagian daripada kit tambahan ini.

Kit HFP untuk Honda Civic bagaimanapun bukan sekadar naik taraf secara visual. Antara naiktaraf paling major ialah pada bahagian suspensi di mana komponen penyerap hentak lebih keras digunakan untuk menambahbaik kawalan. Penyerap hentak adaptif asal bagaimanapun masih dikekalkan dan berfungsi sepenuhnya.

BACA: AKHIRNYA…HONDA MALAYSIA SAH BAWA MASUK CIVIC TYPE R, DIBUKA UNTUK TEMPAHAN

Tambahan kepada kit ini termasuklah pelapik kaki berwarna merah, rim HFP bersaiz 19-inci, side skirt sama warna dengan badan kereta dan lip hadapan berwarna merah.

Bagi Honda Jazz ataupun Fit pula, naiktaraf lebih bersifat visual semata-mata. Ye lah takkan nak main drag ataupun berlumba pakai Honda Jazz. Kit HFP yang ditawarkan untuk Jazz ialah, rim bersaiz 16-inci, pedal-pedal sport, tombol gear kemasan kulit, spoiler depan dan belakang dan pelapik kaki HFP.

Suspensi asal dikekalkan tetapi direndahkan sedikit sebanyak seinci untuk menaikkan seri sporty model kompak Honda ni.

Buat masa sekarang kit ini hanya dipasarkan di AS sebelum dipasarkan pula ditempat lain. Itu belum campur pelbagai pihak akan menirunya dan dihasilkan dengan kos yang lebih murah. Kalau tak takkanlah bodykit Mugen RR yang eksklusif tu pun boleh didapati dengan berlambak di pasaran.

GALERI:

Google ads
Back to top button