INI BUKTI PROTON R3 MASIH BEROPERASI, LAWA SUNGGUH 2 MODEL INI!
Beberapa bulan sebelum ini riuh di media sosial dan beberapa laman web automotif mengatakan Proton Motorsports atau R3 menghentikan operasinya. Di sebalik isu hangat tersebut, tiada ‘angguk atau geleng’ daripada Proton tambahan pula pada waktu itu, Proton sibuk dengan perbincangan rakan strategik asing.
Walaupun R3 tidak serancak dahulu tetapi mereka masih lagi beroperasi. Dari semasa ke semasa, R3 terlibat dalam program jelajah Proton dengan menawarkan pelbagai barangan rasmi pada harga istimewa. R3 juga turut membawa sekali kereta lumba ke jelajah tersebut.
Untuk mengesahkan lagi R3 masih beroperasi, tiga gambar terbaru dan status di Facebook Proton Motorsports ini bukti paling jelas dan sahih.
PROTON R3 will be participating in next weekends 2017 Sepang 1000KM Race (11th Nov 2017). The team will be running a Proton IRIZ #81 and a Proton Suprima S #82. Our driver line-up will comprise of Fariqe Hairuman & Syafiq Ali in car #81 and Admi Shahrul & James Veerapen in car #82.
The Sepang 1000KM race is a very important event on the calendar for PROTON as it is widely accepted to be the toughest race for production based race cars. This is an ideal platform for us to showcase the inherent strength and handling prowess of PROTON cars.
The race will start at 1200hrs on Saturday, 11/11/2017 and is expected to end at approximately 2100hrs the same day. Entry to watch the race from the main grandstand is free.
Status ini memaklumkan bahawa Proton R3 akan menyertai perlumbaan Sepang 1000 km (S1K) pada 11 November menggunakan dua buah kereta iaitu Iriz dan Suprima S. Lebih menarik, kedua-dua kereta itu akan dipandu oleh pelumba berpengalaman tanah air.
Proton Iriz nombor 81 akan dipandu oleh Fariqe Hairuman (Bekas pelumba Petronas) dan Syafiq Ali (Pelumba R3) manakala Proton Suprima S nombor 82 pula akan dipandu oleh Admi Shahrul (Pelumba berpengalaman dan instruktor pemanduan) dan James Veerapen (Pelumba R3).
Perlumbaan ini begitu penting buat Proton memandangkan ia adalah platform bagi menunjukkan keupayaan kakitangan dan juga produk buatan mereka. Proton juga mempunyai sejarah gemilang dalam perlumbaan S1K apabila menjuarai kategori Malaysian Touring Car pada tahun 2011, 2012, 2013 dan 2015.
Pada perlumbaan S1K 2015, Proton Iriz R3 telah berjaya mencatatkan masa pusingan terpantas dalam kategori Malaysian Touring Car dan menariknya itu adalah penampilan sulung model tersebut dalam perlumbaan yang mencabar itu!
https://www.facebook.com/ProtonMotorsportsR3/videos/1466764210038795/
Kredit foto: Proton Motorsports
BACA: PANDU UJI: PROTON IRIZ 2017 – INILAH KERETA BANDAR YANG ANDA MAHU MILIKI
BACA: PROTON SATRIA NEO – WAJAH TAMPAN YANG SEMAKIN DILUPAKAN