Buletin

HONDA POWER POD E: BOLEH CAS PELBAGAI PERKAKASAN ELEKTRIK

Satu perkara menarik mengenai Honda ialah produk kejuruteraannya boleh ditemui di atas jalan sebagai set penjana (gen set) sehingga kapal terbang di udara.

Produk terbaru yang diperkenal ialah Honda Power Pod e: iaitu sebuah pembekal kuasa mudah alih yang menggunakan bateri boleh tanggal Honda Mobile Power Pack e: atau Mobile Power Pack.

Honda Power Pod e: menggunakan teknologi penyongsang gelombang sinus (sine wave inverter) dan mempunyai output 1,500 watt (W).

Memandangkan Honda Power Pod e: menggunakan kuasa bateri, pengguna tidak perlu menghidu asap atau mendengar bunyi yang kuat semasa pembekalan tenaga elektrik.

Honda Power Pod e: sesuai untuk aktiviti luar dan perkhemahan yang popular sekarang ini. Reka bentuknya juga kemas dan menarik.

Bateri Mobile Power Pack telah pun digunakan sebelum ini sebagai contoh di dalam motosikal elektrik BENLY e: dan EM1 e:.

Ciri-ciri Honda Power Pod e:

Teknologi gelombang sinus Honda

  • Membekalkan kuasa kepada perkakasan yang memerlukan tenaga elektrik bermutu tinggi atau sensitif (kuasa lebih lancar dan stabil)

Mudah dibawa dan disimpan

  • Ukuran: 430 (t) x 269 (l) x 385 (p) mm
  • Berat: 13.4 kg
  • Boleh dibaringkan untuk diguna atau disimpan

Output maksimum

  • Boleh disambung dengan Honda Power Pod e: lain, penjana Honda dan unit simpanan bateri dan digunakan secara serentak untuk pembekalan tenaga elektrik lebih tinggi

Cas guna solar panel

  • Memanfaat tenaga alam untuk pengecasan

Penggunaan aplikasi telefon pintar

  • Penggunaan aplikasi Honda My Power Pod melalui Bluetooth®
  • Nyah aktif, penetapan masa pengecasan, memeriksa tahap bateri, status output dan lain-lain

Penggunaan berterusan dan pengecasan

  • Dapat diguna secara berterusan melalui bateri tambahan Mobile Power Pack
  • Mobile Power Pack boleh dicas menggunakan Honda Power Pod e: (sekitar 4 jam) atau Honda Power Pack Charger e: (sekitar 6 jam)

Spesifikasi Honda Power Pod e:

  • Model: E1500
  • Output AC maksimum (kVA/W): 2/2000
  • Output AC terkadar (kVA/W): 1.5/1500
  • Output USB terkadar (W): 15
  • Arus terkadar (A): 15
  • Voltan terkadar (V): 100
  • Frekuensi berkadar: 50Hz/60Hz

Harga

  • Honda Power Pod e: 246,400 yen (RM7,185)
  • Honda Mobile Power Pack e: 108,900 yen (RM3,175)
  • Honda Power Pack Charger e: 55,000 yen (RM1,603)

Google ads
Back to top button