Buletin

HONDA SIAR TEASER SEDAN SEGMEN D ACCORD 2023 – TIADA LAGI IMEJ STEPLER

Ini merupakan siaran gambar acah rasmi pertama Honda Accord yang dimuatnaik oleh Honda, baru-baru ini.

Berdasarkan tiga keping gambar tersebut, sedan generasi ke-11 itu dijangka akan membawakan rupa paras luaran serba baharu yang jauh lebih elegan, kemas dan ringkas.

Dari sudut hadapan, Honda Accord 2023 ini membawakan rekaan jeriji berbentuk heksagon dengan unit lampu serba baharu, serta lampu nyalaan siang yang diposisikan tinggi.

Rekaan belakang lampu stepler yang agak sinonim di kalangan rakyat Malaysia kini ditiadakan, sebaliknya digantikan dengan rekaan yang lebih ringkas.

Gambar ketiga menunjukkan skrin paparan jenis terapung dengan antaramuka yang hampir sama dengan model Civic, namun tiada butang kawalan fizikal disertakan.

Skrin paparan 12.3 inci itu juga menunjukkan gambar rajah aliran tenaga yang memberikan petunjuk Accord generasi baharu berkemungkinan besar bakal ditawarkan dengan sistem hibrid e:HEV 2.0 liter yang sama dimuatkan pada Civic e:HEV.

Menurut Honda, Accord baharu ini bakal mengembalikan keseronokan di dalam segmen sedan saiz pertengahan, lebih responsif dan sistem trenkuasa hibrid yang lebih mengujakan.

Google ads
Back to top button