Buletin

YAMAHA Y16ZR 2022 TERIMA 3 WARNA BAHARU. HARGA BERMULA RM11K

Yamaha Y16ZR 2022 mendapat kemas kini dengan dua pilihan warna baharu serta terdapat kemaskini pada harga.

Model itu tampil dalam dua warna baharu iaitu putih (Glacier White), kuning (Phantom Neon) dan perak (Flaming Silver). Pilihan warna baharu tersebut membuatkan Yamaha Y16ZR 2022 lebih menyerlah.

Yamaha Y16ZR dikuasakan oleh enjin SOHC satu silinder, 155cc dengan sistem penyejukan cecair dan sistem Variable Valve Actuation (VVA). Ia mampu menghasilkan kuasa 17.7hp pada 9,500rpm dan tork 14.4Nm tork pada 8,000 rpm. Enjin tersebut digandingkan dengan transmisi enam kelajuan serta klac Assist & Slipper.

Pembeli akan menerima kunci cakera Yamaha bernilai RM100 secara percuma.

Yamaha Y16ZR dengan piihan warna baharu ini boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula 27 Oktober 2022 pada harga RM11,118 (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans).

GALERI:

Google ads
Back to top button