Buletin

SAH: FORD FIESTA BAKAL DIKUBURKAN 2023

Ford baru-baru ini mengesahkan akan menghentikan penawaran bagi model hatchback segmen B Ford Fiesta pada Jun 2023.

Salah satu nama yang bertahan lama di dalam portfolio jenama itu akan digantikan oleh Ford Puma berkuasa elektrik sepenuh masa (EV) yang akan dibina di Craiova, Romania.

Ford turut memuat naik sebuah video berdurasi dua minit 10 saat sebagai tanda ucapan selamat jalan kepada model Fiesta yang telah terjual sejak 46 tahun yang lalu.

Dengan penamatan produksi Fiesta di Cologne, ini bermakna tiada lagi model berenjin pembakaran dalaman yang dipasang di situ, dan ia akan digantikan dengan Cologne Electrification Center, di mana sebuah crossover elektrik saiz pertengahan akan mula dipasang bermula tahun depan.

Produksi enjin tiga silinder EcoBoost 1.0 liter akan turut dialihkan ke kilang enjin di Craiova, Romania.

Mula dilancarkan pada 1976, Ford Fiesta kini mempunyai sembilan generasi dan lebih daripada 18 juta unit telah dibina dan dijual di seluruh dunia.

Google ads
Back to top button