Buletin

HYUNDAI 2S GDSI DIBUKA DI MELAKA

Premium Autoworld Sdn. Bhd. (Premium Autoworld), pengedar sah Hyundai telah membuka cawangan 2S Global Dealership Space Identity (GDSI) yang pertama di Melaka.

Premium-Autoworld-2S-GDSI-Hyundai-Melaka-mekanika (3)

Pengarah Urusan Premium Autoworld, Simon Tan berkata, pembukaan GDSI itu adalah untuk mengukuhkan lagi lagi posisi Hyundai sebagai satu jenama premium. Ia bukan sahaja melibatkan penampilan keseluruhannya, malah kualiti servis turut dipertingkatkan.

Pusat GDSI yang kelima di Malaysia itu diinspirasikan oleh alam sekitar. Ia mempunyai dinding kaca dan reka bentuk seni bina moden. Bahagian dalamannya dilengkapi perabot moden yang memberikan persekitaran selesa kepada pelanggan.

Premium-Autoworld-2S-GDSI-Hyundai-Melaka-mekanika (4)

Antara perkhidmatan lain yang disediakan ialah memperbaharui insurans dan cukai jalan, cat dan merias kenderaan.

Sempena pembukaan ini, Premium Autoworld menawarkan promosi berikut sehingga 31 Mei 2016:

  • Diskaun sebanyak 50 peratus ke atas caj buruh untuk pakej servis Hyundai Basic bagi pelanggan pertama. Pelanggan perlu memuat turun dan mendaftar di aplikasi Hyundai Care untuk menikmati diskaun ini sekali sahaja.
  • Caj buruh dan penukaran minyak secara percuma (minyak enjin dan penapis), serta diskaun 15 peratus ke atas alat-alat ganti model-model lama Hyundai yang sudah habis tempoh jaminan seperti Matrix, Getz, Avante, XD Elantra, Atos dan NF Sonata.
  • Pemeriksaan 22 poin pada hari bekerja sahaja.

Premium-Autoworld-2S-GDSI-Hyundai-Melaka-mekanika (1)

Pusat 2S GDSI Premium Autoworld terletak di No 1, Jalan PK 8B-1, Taman Perindustrian Krubong, 75260 Melaka.

Pusat servis ini dibuka dari Isnin hingga Sabtu mulai jam 8am–5pm. Pelanggan boleh menghubungi talian 06-3322553 untuk maklumat lanjut.

Google ads
Back to top button