
4 FAKTA MENARIK HONDA MSX125
Kalau nak dilihat dari sudut konsep, tengok pada Kawasaki KSR. Si naked kecil dengan enjin lincah untuk pemanduan bandar.
Bagi yang sukakan aktiviti lasak, konsep motosikal ‘fun’ ini pastinya akan beri banyak pilihan pada pengguna. Honda MSX125 mungkin kecil dari segi saiz, tetapi ia boleh ditunggang oleh penunggang amatur atau mungkin bagi peminat aksi lasak.
Sekarang, kami bagi teaser Honda MSX125. Model ini memang akan dilancarkan pada tahun ini, tapi belum tahu lah bila. BoonSiew Honda tengah sibuk sekarang, dengan yang 150cc lagi. Harap-harap makin meriahlah segmen motosikal kecil tempatan.
Sekarang kita lihat fakta menarik tentang MSX125 secara ringkas
Enjin lincah
Enjin satu selinder 4 lejang 125cc ini adalah saiz penuh pada motosikal bersaiz sebenar. Ia menggunakan sistem pancitan bahan api PGMF1 yang dipadankan dengan kotak empat kelajuan dan sistem klac tangan. Inlet ekzos outputnya bersaiz 28.6mm. Itu lebih besar daripada inlet Yamaha LC135!
Suspensi moden
Tiada motosikal 125cc komersial dalam industri yang menggunakan fork depan jenis USD (upside down). Ia bukan sahaja membuatkan motor nampak mahal, tapi dapat membahagikan beban dan pengendalian dengan sangat cemerlang. Jangan lupa monoshock dengan H arm di belakang.
Brek cakera depan belakang
Ya. Walaupun dengan rim 12 inci dan kuasa cuma 10hp, Honda nampaknya tak kedekut. Dia bagi brek cakera dengan 2 omboh di depan dan brek cakera solid untuk roda belakang.
Moden
Meter LCD moden. Majoriti motor underbone hari ini masih lagi menggunakan meter analog. Reka bentuk lampu depan jenis projektor juga saya kira boleh jadi selling point. Dari depan, motor nampak neat dan clean kata orang putih.
Cepat lah sikit jual MSX125 ni Boon Siew Honda..















