Buletin

HYUNDAI I30 DILANCARKAN

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) baru-baru ini memperkenalkan model i30 ke pasaran tempatan. 

SONY DSC

Hatchback i30 mula menjengah pasaran Malaysia buat pertama kalinya pada tahun 2009. Sedia maklum bahawa rangkaian model i Hyundai adalah untuk pasaran Eropah, maka tidak hairanlah jika generasi kedua i30 tampil lebih sporty dan menarik.

SONY DSC

Hatchback segmen C itu ditawarkan dalam dua varian iaitu i30 1.8L Executive dan i30 1.8L Sport. Perbezaan di antara kedua-duanya cuma varian Sport dilengkapi bodykit. Harga yang ditawarkan adalah RM127,888 untuk varian Executive dan RM132,888 (Sport). Harga itu itu adalah di atas jalan termasuk cukai jalan dan insurans.

SONY DSC

Direka dan dibangunkan di Pusat Teknikal Hyundai Motor Europe di Russelsheim, Jerman i30 merupakan model Hyundai paling laris di Eropah. Di peringkat global, i30 telah mencatat jualan lebih 1.5 juta unit. Hatchback itu mengetengahkan rekaan fluidic sculpture dan kejuruteraan moden yang memberikannya penampilan tiga dimensi.

SONY DSC

I30 dijana oleh unit enjin NU buatan Hyundai bersesaran 1.8 liter MPI dengan sistem DVVT. Ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 145PS @ 6,500rpm dan tork puncak 175NM @ 4,700rpm. Enjin itu kemudian dipadankan dengan kotak gear automatik enam kelajuan.

SONY DSC

Ruang kabin i30 adalah lebih luas berbanding generasi sebelumnya. Tapak rodanya, 2,650mm adalah antara yang paling panjang dalam kelasnya. Penambahan dimensi pada panjang keseluruhan (+20mm), lebar (+5mm) dan tinggi yang dikurangkan sebanyak 10mm menjadikan ruang dalaman i30 semakin selesa.

SONY DSC

Kapasiti ruang kargo pada i30 adalah seluas 378 liter. Apabila tempat duduk belakang dilipat, ruang itu menjadi 1,316 liter, peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding model terdahulu.

SONY DSC

Seperti biasa, papan pemuka i30 menampilkan rekaan yang moden dan mudah dioperasi. Ciri-ciri pintar seperti bumbung suria yang boleh dibuka sepenuhnya, kluster TFT yang memaparkan pelbagai maklumat berguna kepada pemandu, sistem bantuan parkir, kunci pintar, alat pengesan hujan dan banyak lagi boleh dioperasi dengan hanya perlu menekan butang.

SONY DSC

Ketika memandu, anda boleh memilih mode pemanduan Comfort, Normal dan Sport bagi disesuaikan dengan kondisi pemanduan. Bukan itu sahaja, i30 turut dilengkapi pelbagai teknologi keselamatan pasif dan aktif seperti ESP, ABS, BAS, VSM (Vehicle Stability Management), Emergency Stop Signal serta enam beg udara.

SONY DSC

Terdapat tujuh warna seperti hitam, merah, coklat, putih, biru dan perak untuk dipilih. Untuk memberi ketenangan minda kepada pemiliknya, HSDM menawarkan jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 500,000km (mana-mana tiba dahulu).

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button