Buletin

FORD HASILKAN PELEKAT, DIINSPIRASIKAN DRPD CICAK!

Ford Motor Company dilihat bakal menguasai satu bidang baharu kerana ia kini sedang menghasilkan inovasi pelekat yang diinspirasikan daripada cicak.

Ford-biomimetic-interior-mekanika  (5)

Ford juga akan bekerjasama dengan Procter & Gamble dan berkongsi data-data penyelidikan kerana kedua-dua buah syarikat ini melihat biomimicry sebagai penyelesaian kepada pelbagai bentuk perniagaan.

Selama bertahun-tahun lamanya, pasukan penyelidik Ford telah mencari jalan untuk menjadikan pengilangan kenderaan lebih mapan. Cabaran utama mereka ialah gam yang digunakan untuk melekatkan busa dengan plastik dan besi. Masalah ini boleh membuatkan alat-alat ganti yang tidak digunakan untuk tujuan dikitar semula hampir mustahil.

Ford-biomimetic-interior-mekanika  (2)

Muncul idea tentang cicak. Tapak kaki cicak membolehkan reptilia itu melekat pada kebanyakan permukaan tanpa memerlukan cecair atau sebagainya. Cicak juga boleh mengangkat kakinya tanpa meninggalkan kesan. Turut perlu dipertimbangkan, seeokor cicak matang yang hanya seberat 2.5 auns mampu menyokong berat sehingga 293 paun.

Cicak mencetus inspirasi kepada rangkaian inovasi pelekat untuk kegunaan global di Ford, jelas Ketua Teknikal Kanan untuk penyelidikan plastik dan kelestarian Ford, Debbie Mielewski.

Ford-biomimetic-interior-mekanika  (4)

“Penyelesaian masalah ini boleh menjimatkan dan memulihara alam sekitar,” kata Mielewski. “Maksudnya, kita mampu meningkatkan jumlah kitar semula busa dan plastik, sekali gus mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar.”

Disokong oleh method biomimetic, Ford baru-baru ini menganjurkan sebuah forum di kampus Dearbon yang turut disertai oleh Procter & Gamble dan The Biomimicry Institute.  The Biomimicry Institute ialah sebuah pertubuhan tidak berlandaskan keuntungan yang komited dalam mempromosikan pendekatan inovatif dengan melihat kepada alam sekitar untuk mendapatkan penyelesaian lebih mapan dalam menangani cabaran zaman moden.

Pendekatan biomimetic bukanlah baru. Kereta api laju Shinkansen di Jepun diinspirasikan daripada burung Raja Udang. Velcro pula mendapat idea daripada pokok burr. Sementara jarum perubatan yang telah ditambah baik dibangunkan dengan mengambil inspirasi daripada nyamuk.

Ford-biomimetic-interior-mekanika  (1)

Bukan sekadar kitar semula, pasukan reka bentuk Ford telah berusaha selama hampir satu dekad untuk mencari teknologi yang diinspirasikan kepada alam semula jadi. Kejayaan terbaharu adalah penghasilan benang untuk material tempat duduk dan bahagian bumbung kenderaan.

Ford merupakan satu-satunya pengeluar yang menggunakan gentian berprestasi tinggi Unifi REPREVE yang diperbuat daripada 100 peratus material kitar semula seperti botol plastik di dalam kenderaannya.

Ford menggunakan REPREVE dalam lima buah kenderaannya iaitu F-150 baharu, Explorer, Edge, Focus Electric dan Fusion, sekali gus menjadikannya material yang digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Google ads
Back to top button