Buletin

MAZDA RAI PRODUKSI KE-50 JUTA UNIT KENDERAAN DI JEPUN   

Mazda Motor Corporation baru-baru ini meraikan pencapai.an produksi kumulatif sebanyak 50 juta unit kenderaan di Jepun pada 15 Mei lalu. Sambutan itu diadakan di Kilang Hofu, wilayah Yamaguchi, Jepun.

Detik bersejarah itu dicapai selepas 86 tahun dan tujuh bulan apabila Mazda menghasilkan trak tiga roda pertamanya pada Oktober 1931 di Hiroshima. Pada tahun 1960, Mazda mula menghasilkan R360, sebuah kereta kompak yang menandakan kemasukannya ke dalam pasaran kereta penumpang. 

Pengeluaran kenderaan Mazda dimulakan di kilang Hofu pada tahun 1982. Tanggungjawab memproduksi kenderaan untuk pasaran Jepun dijalankan oleh kilang Hofu dan Hiroshima.

Teknik dan sistem produksi fleksbel yang dibangunkan di kedua-dua buah kilang ini membantu Mazda mengembangkan perniagaannya. Saluran pengeluaran bercampur membolehkan pelbagai boleh dihasilkan dalam jumlah yang rendah. Sekali gus mampu menawarkan produk yang lebih pelbagai, kompetitif dan efisien.   

“Mazda akan membina satu jenama yang kukuh menerusi pelbagai inisiatif. Kilang kami di Hofu dan Hiroshima akan terus mengalami evolusi dan bertindak sebagai kilang utama. Ia bakal berkongsi teknologi dan kemahiran ke kilang-kilang Mazda di luar negara.

“Saya mahu kita semua bekerjasama untuk bagi memastikan kilang-kilang ini dapat mengekalkan kecemerlangan teknikal yang membanggakan warisan Monotsukuri Jepun,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mazda Motor Corporation, Masamichi Kogai.

Pada tahun fiskal ini, Mazda mensasarkan untuk menjual 1,660,000 unit kenderaan. Ini merupakan tahun terakhir dalam pelan perniagaan jangka sederhana Penambahbaikan Struktur Peringkat 2 yang dijalankan oleh Mazda.

Pelan itu dibuat untuk mengukuhkan kerangka produk global yang bermatlamat menghasilkan dua juta unit kenderaan menjelang tahun fiskal 2024. 

Google ads
Back to top button