BuletinMotosikal

INNALILAH…HAFIZ MENINGGAL DUNIA DALAM KEMALANGAN CUBPRIX JOHOR

Baru petang tadi kami muatnaik berita mengenai anak muda ini, Mohd Hafiz Nor Azman. Pelumba dari kategori CP150 ini dalam usahanya untuk menghabiskan musim di tempat ketiga.

Namun malang tak disangka apabila beliau terlibat dengan kemalangan pada pusingan akhir, tak silap kami pada pusingan ke 14.

Semasa kejadian, beliau berada dalam kelompok hadapan. Tiada maklumat lanjut yang kami terima namun AAM dilapor akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai insiden tersebut.

Apapun, kami seluruh warga ingin mekanika merakamkan ucapan takziah, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat hendaknya.

Hilang lagi satu permata berharga negara…

DI bawah ada video tribute oleh cubprix malaysia

https://www.facebook.com/MalaysianCubPrix/videos/2010381362406288/?t=6

 

Google ads
Back to top button