
MENTERI BESAR JOHOR RANCANG TINGKAT PENGGUNAAN EV DI JOHOR – PERLU MEKANISME LEBIH TERATUR
Sebagai langkah mencapai hasrat menjadikan negara rendah karbon pada masa depan, kerajaan negeri Johor bercadang mewujudkan mekanisme bagi menyokong penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Johor.
Menurut Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi, ia selari dengan inisiatif Singapura di mana republik itu menghentikan pendaftaran kereta menggunakan petrol pada 2030.
Jelas beliau, kerajaan negeri sedia mempertingkatkan penggunaan EV secara berperingkat.

“Kita perlu ada perancangan untuk mengadakan usahasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenai penggunaan EV.
“Saya akan bincang bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani supaya ada satu mekanisme lebih teratur membabitkan industri yang mempunyai punca kuasa untuk menyokong strategi berhubung EV untuk tahun-tahun akan datang,” katanya.
Kerajaan sebelum ini menawarkan insentif dalam bentuk pengecualian cukai langsung dan tidak langsung bagi aktiviti pemasangan atau pengilangan EV, pembuatan komponen serta pembangunan ekosistem seperti fasiliti pengecasan.
Dalam pada itu, Onn Hafiz berkata, “Selain itu, saya turut mencadangkan supaya diwujudkan laluan feri ketiga ke Singapura menerusi terminal Puteri Harbour di sini, ke Tuas, Singapura.
“Walaupun begitu, cadangan ini masih lagi dalam proses perancangan dan semestinya memerlukan kelulusan di peringkat Kementerian Pengangkutan (MOT) sebelum dibawa ke peringkat MOT Singapura,” – Harian Metro
- BACA: ELITESOFT YAKIN DENGAN INDUSTRI EV MALAYSIA – JALIN KERJASAMA DENGAN SYARIKAT TEMPATAN DAN ANTARABANGSA
- BACA: PENGGUNAAN EV MASIH RENDAH DI MALAYSIA, PERLUKAN INSENTIF LEBIH MENARIK
- BACA: LINGBOX MINI EV BAKAL BERADA DI PASARAN MALAYSIA. 41HP, 220KM SEKALI CAJ, HARGA BAWAH RM100K
- BACA: MITI BINCANG DENGAN PROTON DAN PERODUA UNTUK PERCEPATKAN PENGELUARAN EV ‘RAHMAH’