Buletin

HONDA HR-V DI JEPUN KINI DENGAN ENJIN 1.5 TURBO & HONDA SENSING

Honda Eropah sudah mengumumkan model HR-V yang akan dilengkapi enjin turbo serta penambahbaikan sistem pengendalian. Kini giliran Jepun pula, ia dikatakan akan dilancar secara rasmi pada bulan Januari depan.

Dikenali sebagai Vezel Touring (HR-V di Jepun dikenali sebagai Honda Vezel), ini adalah varian terkini dan tertinggi dalam spesifikasi JDM HR-V di Jepun. Ia bakal dipasangkan dengan enjin L15B turbo.

Enjin 1.5 VTEC Turbo yang dimuatkan pada HR-V ini adalah unit sama seperti Civic generasi kesepuluh. Ia mempunyai kuasa 182 PS pada 5,500 rpm dan 6,000 rpm.

Ia turut dilengkapi dengan teknologi Honda Sensing. Apa itu Honda Sensing?

  • Adaptive Cruise Control (ACC) menetapkan kelajuan dan selang jarak dengan kenderaan di hadapan,
  • Lane Departure Warning (LDW) memantau posisi kenderaan menggunakan kamera dan memberi amaran kepada pemandu jika ia melepasi garisan jalan
  • Road Departure Mitigation (RDM) memberi amaran, menekan brek dan membantu mengekalkan stereng agar pemandu tidak terbabas keluar dari jalan raya,
  • Lane Keep Assist System (LKAS) menggunakan kamera untuk membaca garis jalan dan membantu pemandu agar kenderaan sentiasa berada di bahagian tengah laluannya,
  • Forward Collision warning (FCW) akan mengeluarkan amaran secara visual dan bunyi kepada pemandu apabila kamera monokular dan radar gelombang millimeter mengesan wujud risiko pelanggaran dengan kenderaan di hadapan,
  • Collision Mitigation Braking System (CMBS) membantu menekan brek secara progresif apabila ia mengesan risiko berlakunya pelanggaran.

Bahagian dalaman kereta ini dikemaskan dengan padanan Ultra suede soft and smooth texture pada bahagian papan instrumentasi. Kemudiannya kerusi dan panel pintu diintegrasikan dengan kulitcoklat berkualiti tinggi yang lebih “berkilat”. Menurut Honda Jepun, tebatan bunyi juga telah dipertingkatkan untuk mengurangkan kadar NVH.

Lain-lain bahagian yang berbeza ialah roof rail, rekaan lampu mengikut spesifikasi Eropah serta tip ekzos berkembar di bahagian bampar belakang.

Adakah model ini akan masuk ke pasaran Malaysia?

Mengikut firasat kami, besar kemungkinannya YA.

Honda HR-V yang dijual oleh Honda Malaysia masih lagi merupakan SUV segmen B termurah di pasaran. Model paling mahal berharga RM119,000, masih lebih murah dari Mazda CX-3 dan jauh lebih murah dari Toyota CH-R.

Membuat tambahan varian tertinggi tidak menjadi halangan rasanya dan harga lebih tinggi pun masih berada dalam wilayah jualan harga SUV segmen B jenama Jepun

GALERI

Google ads
Back to top button