Buletin

ISI MINYAK KINI LEBIH MUDAH DENGAN CIRI ‘ONE TAP FUELING’ SETEL

Setel menaik taraf pengalaman mengisi petrol buat para  pengguna kenderaan di Malaysia dengan fungsi ‘One Tap Fuelling’ yang membolehkan pengguna mengaktifkan  pam  petrol dengan  satu  ketik  sahaja  di mana-mana  stesen  PETRONAS  seluruh negara. 

Penyelesaian yang pertama seumpamanya itu disediakan untuk 1,000 pengguna Setel pertama yang  berdaftar  di  seluruh  negara. Ia akan  diperluaskan  secara  berperingkat sepanjang tempoh dua bulan yang akan datang. 

“Kami  sedang  giat menginovasi dan membangunkan penyelesaian yang dapat memenuhi keperluan pengguna yang  kian berubah, terutama ketika rakyat Malaysia lebih kerap bergerak. 

“Sejak  empat  tahun lalu,  para pengguna  setia  kami  telah  menikmati  pengalaman  mengisi petrol yang lebih mudah di stesen PETRONAS. Kini, pengguna yang biasanya  harus  membuat  beberapa  ketikan  sebelum  dapat  mengisi  minyak,  boleh  berbuat  demikian dengan  satu  ketik  sahaja  menerusi  aplikasi  Setel.  

“Mereka tidak  perlu  lagi  mengeluarkan  dompet  atau  kad  untuk  mengisi  petrol dan  memperoleh  mata  ganjaran.  Sesungguhnya,  kami  memahami kepentingan sumber masa bagi para pengguna,” kata Ketua  Pegawai  Eksekutif  Setel, Mazlin  Erawati  Ab  Manan.

Pengguna  Setel  yang  berminat  juga  boleh  mendapatkan  akses  awal  dengan  memuat  naik halaman “Dah Setel So Far” dalam bentuk Instagram Story atau Tweet dengan kapsyen: “I want One Tap Fuelling now”. Selain tag @setel dan sertakan tanda pagar #SetelOneTapFuelling. 

Mulai  hari  ini  hingga  4  Oktober  2022,  pengguna  Setel  juga  berpeluang memenangi kotak hadiah edisi terhad Setel apabila memuat naik video paling  kreatif  di  Instagram  atau  Twitter  yang  menunjukkan  pengalaman  menggunakan fungsi ‘OneTap Fuelling’ berserta tag @setel dan tanda pagar #SetelOneTapFuelling. 

Melalui  fungsi  tersebut,  pengguna  Setel  dapat  menetapkan  kuantiti  petrol yang  ingin  diisi mengikut liter atau tangki penuh, di laman ‘Keutamaan’ semasa mengkonfigurasi fungsi ‘One Tap Fuelling’. 

Pengguna juga boleh menetapkan kaedah pembayaran pilihan yang terdiri daripada CardTerus  untuk  pembayaran  terus  atau  melalui  kad  debit  atau  kredit.

Manakala  Setel Share, pula membolehkan  pengguna  berkongsi  Setel Wallet  atau  CardTerus mereka  dengan  dua  individu  lain  untuk  membuat  bayaran  dan bersama-sama mengumpul  mata  ganjaran Mesra.

Muat  turun  versi  terkini aplikasi  Setel  yang  terkini  secara  percuma  di  iOS  dan  Android  melalui  Apple Store,  Google  Play  Store  dan  Huawei  AppGallery. 

Google ads
Back to top button