Buletin

SETEL KINI DIINTEGRASI DALAM TNG EWALLET, BOLEH TERUS ISI MINYAK DI LEBIH 1,000 STESEN PETRONAS

Kini, pengguna TNG eWallet boleh terus mengisi minyak di lebih 1,000 stesen PETRONAS seluruh negara tanpa perlu keluar dari kenderaan, hasil kerjasama strategik antara Setel Ventures Sdn Bhd (Setel) dan TNG Digital Sdn Bhd (TNGD).

Melalui kerjasama ini, teknologi ‘pam dan bayar’ milik Setel diintegrasikan ke dalam aplikasi TNG eWallet menerusi program mini “PETRONAS via Setel”, membolehkan pengguna membuat pembayaran bahan api terus dari telefon bimbit mereka, tanpa perlu memuat turun aplikasi tambahan.

Ketua Pegawai Eksekutif Setel, Abdullah Ayman Awaluddin menyatakan bahawa inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memperluaskan capaian teknologi Setel dan memperkasa pengguna melalui pengalaman mobiliti yang lancar.

“Setel dalam TNG eWallet bukan hanya memudahkan, tetapi juga menjadikan transaksi harian seperti isi minyak lebih cekap dan berbaloi,” katanya.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Alan Ni, integrasi ini memperkukuh lagi misi syarikat untuk memudahkan kehidupan seharian rakyat.

“Isi minyak adalah rutin untuk kebanyakan rakyat Malaysia. Melaluinya, kami bukan sahaja menambah kemudahan, tetapi juga memperluas kehadiran TNG eWallet di lokasi fizikal yang sering dikunjungi,” katanya.

Bersempena pelancaran ini, pengguna yang melakukan transaksi isi minyak melalui program mini dalam TNG eWallet berpeluang menerima ganjaran Istimewa, RM5 dalam bentuk mata ganjaran Mesra Rewards bagi 50,000 transaksi terawal yang layak.

Tambahan pula, mata ganjaran GOrewards juga akan dikreditkan untuk setiap transaksi, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Gabungan dua penyedia teknologi ini menandakan satu langkah penting dalam usaha menjadikan transaksi harian lebih cepat, selamat dan penuh manfaat, tanpa perlu bersusah payah atau beratur di kaunter bayaran.

Google ads
Back to top button