Artikel Pilihan

JADIKAN KERETA ANDA LEBIH SEDAP DIPANDU DENGAN 8 MODIFIKASI INI

Tahun 2020 merupakan tahun yang agak sukar buat rakyat Malaysia dan juga dunia. Mungkin kita pernah bayangkan kereta terbang dalam lukisan sewaktu kecil, hakikatnya kapal terbang pun tidak terbang ketika ini. Bayangkan anda baru sahaja bekerja hari tahun ini dan pekerjaan anda memerlukan anda memiliki kereta untuk bertugas.

Nak beli kereta mahal, banyak benda lain nak kena bayar. Jadi solusinya ialah anda beli kereta yang murah, atau kereta terpakai dan mungkin anda bernasib baik anda mewarisi kereta dari ahli keluarga. Kereta murah ini banyak kekurangan dari segi pengalaman pemanduan, jadi kami bagi beberapa cadangan agar ia boleh menjadikan pemanduan kereta lebih selamat dan seronok

Bukan main letak aksesori RICE (Racing Inspired Cosmetic Enhancement) saja ye

1. Pasang penapis haba – penggunaan tinted ada banyak tujuan antaranya menyekat infrared yang menyebabkan panas, meyekat cahaya bagi menjadikan kereta redup dan menyekat ultraviolet yang boleh merosakkan kualiti plastik dalaman kereta. Harga penapis haba sudah tidak mahal seperti dulu lagi, dan jika dipasang anda akan rasa lebih selesa memandu di waktu tengahari

Dari FB Vertint

Jika ada duit lebih, anda boleh pasang penapis haba dengan ciri anti pecah. Sangat sesuai untuk keselematan dimana ia menghalang dari kejadian samun.

2. Gantikan rim besi – ya kalau dah nama kereta murah, ia akan datang dengan rim kompang besi. Walaupun lebih lasak, ia sebenarnya buruk. Jadi cuba cari rim asal model kereta yang anda guna di kedai kedai tayar terpakai dengan harga sekitar RM 200 – Rm 300 sahaja. Elakkan dari menggunakan rim yang tidak ori kerana rim seperti ini tidak selasak rim OEM

Selain kelihatan lawa sedikit dari rim besi, ia juga lebih ringan menyebabkan penggunaan petrol menjadi lebih baik. Elakkan menggunakan rim yang lebih besar. Sebabnya kami dah cerita kat SINI

3. Gantikan tayar – biasanya tayar kereta murahan ini dipasang dengan tayar yang elok sikit dari tayar beca. Sebaik saja bunga 30% maka cengkamannya ak boleh diharap sangat. Jadi lepas 12 ke 18 bulan maka anda boleh gantikan dengan tayar yang lebih berkualiti.

Tayar yang berkualiti akan memastikan cengkaman di jalan selekoh, prestasi brek, kadar bunyi yang lebih baik, serta prestasi dalam hujan jauh lebih baik dari tayar OEM. Jangan berkira sangat pasal keselamatan ye tuan puan

4. Lampu – pengalaman penulis ialah mentol OEM yang diberi terang lagi pelita malam raya, lebih-lebih lagi waktu malam dan hujan. Jadi cara paling murah ialah gantikan mentol tersebut dengan mentol yang lebih berkualiti seperti Osram Night Breaker, Philip dan juga PIA. Mentol sebegini tidak memerlukan anda menggunakan wayar baru kerana konsepnya ialah plug & play saja.

Jangan upgrade ke mentol HID atau sebarang mentol yang salah di sisi undang-undang. Penukaran mentol ini akan mengurangkan mata menjadi letih ketika memandu di waktu malam.

5. Radio – ha ni kelakar tuan-tuan, ada kereta baru dijual tanpa radio. Melainkan suara anda sesedap Maher Zain, lebih baik tambah radio dan juga pembesar suara. Pastikan anda beli radio yang memiliki sambungan Bluetooth dan USB bagi memudahkan anda menjawab telefon ketika memandu. Harga radio ini bergantung pada jenama dan kualiti bunyi yang dihasilkan.

Jika anda mewarisi kereta lama dari ahli keluarga, boleh juga tukar radio yang lebih baik dan kalau ada duit lebih boleh pasang pembesar suara yang lebih sedap didengar. Kalau kantoi jawab telefon tanpa handsfree, saman dia mahal jugak

6. Lampu kabus – nampak macam tak perlu kan tapi percayalah jika anda memandu jauh di waktu malam berkabus, adalah lebih baik memiliki lampu kabus di depan. Anda boleh cari lampu kabus asal OEM di laman sesawang Abubaba beserta bracketnya sekali. Atau cara yang paling mudah ialah pasang di kedai aksesori

Bagi penulis lampu kabus lebih penting dari lampu DRL yang sekadar untuk nampak bergaya. Adaah lebih baik membeli lampu kabus OEM yang dihasilkan oleh pengeluar kereta kerana ia lebih tahan dan tidak mudah dimasuki air

7. Bahan kedap bunyi – salah satu cara pengeluar berjimat ketika menghasilkan kereta ialah dengan memasang bahan kedap bunyi secara minima. Ada pengeluar yang tidak memasang karpet penutup ruang kargo dan juga bahan kedap bunyi di ruang enjin. Keadaan ini menyebabkan bunyi akan masuk ke dalam kabin.

Sumber FB

Pendedahan bunyi yang lama setelah memandu selama beberapa jam akan membuatkan anda menjadi lesu. Anda boleh pasang bahan kedap bunyi di bahagian bonet belakang, bahagian ruang bonet depan dan kalau ada duit lebih di semua empat pintu.

8. Bar penstabil – salah satu cara untuk menjimatkan kos pengeluaran ialah dengan mengurangkan bilangan spot weld pada cesi. Hasilnya cesi kurang tegar menyebabkan anda rasa kurang yakin ketika di selekoh. Jangan memandai-mandai tambah sendiri spot weld pada kereta anda, nanti lain pula jadinya

Pilihan yang ada ialah menambar bar penstabil di bahagian ruang enjin dan bar anti oleng pada gandar belakang. Kesannya ialah anda akan rasa cesi terasa lebih tegap, lebih stabil dan kurang beroleng di selekoh. Tak ada la anda rasa seperti mabuk ketum lepas memandu selama beberapa jam.

Google ads
Back to top button