Buletin

MYTUKAR TERUS AGRESIF KE SELURUH NEGARA. BUKA 4 LAGI CAWANGAN PADA Q4 2020

myTukar Sdn. Bhd., platform jual-beli kenderaan terpakai secara atas talian yang paling pantas berkembang di Malaysia yakin dapat mempercepatkan lagi perkembangannya menerusi pembukaan tiga cawangan di Melaka, Pulau Pinang dan Ipoh pada September lalu.  

Dengan empat lagi cawangan baharu akan dibuka pada suku keempat 2020, myTukar bakal mempunyai 16 cawangan baharu di seluruh negara. Usaha pengembangan itu disokong oleh CARRO, platform berteknologi bagi pusat jualan automotif Asia Tenggara yang berpangkalan di Singapura pada September 2019.

Platform berteknologi inovatif yang mula beroperasi pada tahun 2018 itu sedang dalam strategi mengembangkan perniagaan khusus untuk industri kenderaan melalui proses pembelian digital.

Sehingga kini, rangkaian luas 2,000 pengedar MyTukar telah melakukan urusan jual-beli melibatkan lebih 23,000 buah kenderaan dengan nilai anggaran mencecah RM750 juta.

Empat cawangan baharu yang bakal dibuka pada suku keempat tahun ini melibatkan cawangan  kedua di Johor Bahru dengan keluasan 29,000 kaki persegi. Ia merupakan hab myTukar untuk Logistik Bahagian Selatan dan lokasi utama pemeriksaan kereta.

Cawangan-cawangan lain di bandar-bandar kedua di Semenanjung Malaysia terletak di Kuantan, Batu Pahat dan Seremban.

Cawangan-cawangan sedia ada myTukar adalah di Glenmarie Puchong (Hab Logistic Bahagian Tengah dan cawangan kedua Puchong), Selayang, USJ (Hab Logistic Kawasan Tengah dengan ruang 40,000 kaki persegi)  Cheras, Klang, Kajang dan Johor Bahru. Selain termasuk tiga cawangan terbaharu di Melaka, Pulau Pinang dan Ipoh.

Setiap satu cawangan myTukar boleh menempatkan sehingga tiga buah kenderaan pada satu-satu masa dan dilengkapi kemudahan asas seperti WIFI percuma, hidangan ringan dan ruang menunggu yang selesa.

Pemeriksa berkelayakan dan profesional ditempatkan di setiap cawangan untuk melakukan pemeriksaan 158 – poin yang komprehensif dan penilaian dalam masa sekitar 30 minit. Apabila beroperasi sepenuhnya, 16 buah cawangan itu mampu menguruskan sehingga 300 unit kereta sehari.

“Pembukaan cawangan baru myTukar merupakan satu titik penting kami sejak beroperasi pada tahun 2018.  Misi kami adalah untuk digitalisasi dan mentransformasikan cara tradisional penjualan kenderaan terpakai.

“Saya berbangga kerana myTukar dibangunkan oleh individu-individu yang memang terbabit dalam industri kenderaan terpakai. Ia juga bertujuan untuk memperkasa dan membantu pengedar-pengedar kenderaan terpakai yang lain melalui platform teknologi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif myTukar, Fong Hong Sum.

Pembukaan lebih banyak cawangan sedang dirancang melibatkan bandar-bandar di Malaysia untuk tahun 2021. Strategi pengembangan di seluruh negara ini selaras dengan strategi CARRO Group yang ingin terus meluaskan dan mendigitalkan perdagangan kereta di rantau Asia Tenggara.

CARRO Group merupakan pusat jualan kenderaan terbesar di Asia Tenggara. Ia kini  sudah bertapak di Singapura, Thailand, Indonesia dan Malaysia.

Dengan 20 tahun pengalaman dalam industri kenderaan terpakai, Fong memang benar-benar mahu membawa perubahan positif, meningkatkan teknologi dan prosedur yang telus terhadap industri ini.

Pengetahuan mendalamnya tentang cara kerja di dalam industri juga berjaya menggabungkan lebih 2,000 wakil penjual untuk bekerjasama dengan myTukar dan memenuhi keperluan mereka.

Inisiatif pengembangan pesat myTukar yang lain termasuklah projek kerjasama dan kolaborasi strategik yang bermula sejak dua tahun lalu. Pada Jun 2020, Program Wakil Penjual Dinamik myTukar (myTukar Dynamic Dealership Programme) dilancarkan. Ia merupakan satu skim pembiayaan kewangan inovatif dengan kolaborasi bersama CapBay.

Skim RM300 juta itu membantu pengedar kenderaan terpakai di Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman pembelian dengan platform yang mudah dan bersepadu. 

Sebulan selepas itu, myTukar untuk pertama kalinya menjalinkan kolaborasi dengan SISMA Auto Glenmarie SELEKT Center. Platform yang dipercayai dan telus ini memastikan para pelanggan SISMA Auto mendapat harga terbaik melalui proses digital sepenuhnya di mana mereka tidak perlu lagi berurusan dengan pihak ketiga.

Kolaborasi terbaharu myTukar adalah platfrom integrasi bersama Sime Darby Auto Selection dalam pengurusan inventori tukar-beli kenderaan yang lebih cekap. Di samping bertukar pengetahuan dengan membawa masuk para pemeriksa daripada Sime Darby Auto Selection bagi memantapkan lagi khidmat tukar-beli kenderaan terpakai.

Google ads
Back to top button