
JAPAN MOBILITY SHOW 2025: NISSAN PERKENAL ARIYA FACELIFT DAN SUV PATROL SERBA BAHARU
Nissan Motor Co., Ltd. tampil garang di pentas Japan Mobility Show 2025 dengan memperkenalkan model elektrik Ariya versi terkini.
Selain itu, pratonton awal SUV flagship Nissan Patrol juga mencuri tumpuan, menandakan kemunculan semula jenama itu selepas hampir dua dekad.
Langkah ini menjadi sebahagian daripada pelan pemulihan Re:Nissan, yang memberi tumpuan kepada pembangunan produk inovatif, teknologi pintar dan pengalaman pemanduan lebih bermakna buat pengguna di Jepun.

Bagi Ariya, model kenderaan elektrik (EV) itu kini tampil dengan rekaan luaran lebih halus dan kemas, sistem infotainmen baharu berasaskan Google, serta fungsi Vehicle-to-Load (V2L) yang membolehkan tenaga bateri digunakan untuk peranti luaran.
Sistem suspensi turut dinaik taraf bagi meningkatkan keselesaan pemanduan, khususnya untuk pasaran Jepun.
Nissan menyatakan bahawa penambahbaikan ini disasarkan untuk memberikan pengalaman pemanduan elektrik yang lebih “bergaya, selesa dan terhubung.”
Selain itu, tumpuan turut diberikan kepada Patrol baharu, yang akan menjadi model SUV perdana Nissan apabila dilancarkan dalam tahun fiskal pertama FY2027.
Model ini bakal mengembalikan semula warisan Patrol di Jepun selepas penghentian Safari pada tahun 2007, menandakan kemunculan semula Nissan dalam segmen SUV besar yang pernah menjadi kebanggaan jenama itu.
Dengan dua model ini, Nissan dilihat benar-benar serius mahu menghidupkan semula pasaran domestik Jepun.
- BACA: MAZDA PAMER DUA MODEL KONSEP BAHARU DI JAPAN MOBILITY SHOW 2025: VISION X-COUPE DAN VISION X-COMPACT
- BACA: HONDA 0 α TAMPIL DI JAPAN MOBILITY SHOW 2025, BAKAL MASUK PASARAN 2027
- BACA: iCAUR V23 DIPERKENALKAN – DUA VARIAN, JARAK GERAK HINGGA 501KM, ANGGARAN HARGA BERMULA RM145K
- BACA: KAWASAKI Z900 RS SE 2026 DIUMUMKAN – DENGAN QUICKSHIFTER, CRUISE CONTROL







