" "
Buletin

JENAMA CHRYSLER RASMI KELUAR DARI AUSTRALIA – PASARAN RHD TERAKHIR UNTUK PENGELUAR US

Jenama Fiat Chrysler Australia yang sudah bertapak sejak tahun 1951 itu baru-baru ini mengumumkan penamatan penawaran produk Chrysler di pasaran Australia.

Sebagai makluman, pasaran Australia merupakan satu-satunya pasaran kenderaan pemanduan sebelah kanan (RHD) semenjak pengeluar dari Amerika Syarikat itu tidak lagi beroperasi di UK pada tahun 2017.

Serentak dengan itu, Chrysler turut mengumumkan penamatan produksi satu-satunya model sedan pemanduan sebelah tangan 300C Luxury dan 300 SRT di mana kedua-dua model itu boleh didapati dalam unit terhad di pengedar Chrysler.

Berita ini sekaligus membawakan pengakhiran kepada penawaran model sedan V8 yang mampu milik di Australia, selepas model-model sedan Ford dan Holden menerima nasib yang serupa pada tahun 2017.

Salah satu daripada model paling laris Chrysler adalah sedan Valiant yang diproduksikan antara tahun 1962 sehingga tahun 1981, namun tahun berganti tahun, Chrysler semakin kurang menawarkan produk mereka di pasaran Australia.

Menurut Pengarah Urusan FCA Australia, Kevin Flynn menjelaskan penamatan penawaran di pasaran tersebut adalah disebabkan “dorongan global ke arah elektrifikasi dan fokus kepada kenderaan bergenre SUV.”

Namun tambah beliau, Chrysler kini berada di hati ramai warga Australia, dan “kami amat berbangga dengan sejarahnya di sini.”

Google ads
Back to top button