Buletin

GREAT WALL PAMER KONSEP ANEH SUPERCAR + TRAK PIKAP!

Acara Guangzhou Auto Show 2021 yang sedang berlangsung bukan sahaja mempamerkan model-model kenderaan baharu, malah ia juga turut menjadi lokasi pameran model konsep yang…aneh.

Salah satu daripadanya adalah Great Wall yang mempamerkan sebuah konsep yang dinamakan sebagai Supercar Pickup Concept.

Model ini menggunakan asas daripada model trak pikap King Kong Cannon (ya tuhan nama kau!) dengan kit badan yang agak lebar, gril krom yang besar serta elemen-elemen yang mampu menyakitkan mata anda melihatnya.

Malah, jarak kelegaan tanah tipikal trak pikap juga sudah tidak kelihatan pada model konsep ini, di mana Supercar Pickup duduk hanya beberapa inci sahaja di atas tanah.

Versi standard King Kong Cannon tidaklah segah namanya, ia hanya dikuasakan oleh enjin diesel turbo 2.0 liter yang mampu menghasilkan 16`1 hp sahaja, atau enjin petrol turbo 2.0 liter dengan kuasa 188 hp.

Baca: GWM King Kong Cannon

Google ads
Back to top button