Buletin

JIMAT SEHINGGA RM8,000 UNTUK PEMBELIAN FORD RANGER RAPTOR DAN WILDTRAK 2020

Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) hari ini menawarkan penjimatan menarik untuk model terpilih Ford Ranger Raptor dan WildTrak Buatan 2020 bermula sekarang sehingga 30 April 2021.

Pelanggan yang mengidamkan Ford Ranger Raptor boleh berjimat sehingga RM8,000. Sementara mereka yang inginkan Ranger WildTrak pula boleh berjimat sehingga RM7,000.

Ranger Raptor kekal sebagai trak pikap berprestasi  dan berkelajuan tinggi buatan kilang yang cukup diminati di Malaysia. Prestasi lasak Raptor diperakui menerusi keupayaan sistem gantungan Fox Racing Shox setaraf kereta lumba.

Di samping Sistem Pengurusan Mukabumi meliputi mod Baja yang canggih dan enjin diesel 2.0L Bi Turbo yang dikalibrasi penuh teliti dengan transmisi automatik 10-kelajuan yang menghasilkan kuasa 213PS dan tork 500Nm.

Untuk pelanggan yang mencari perincian yang tiada dalam segmen pikap, Ranger WildTrak adalah pilihan terbaik. Ia menawarkan pelbagai teknologi keselamatan pintar seperti Brek Kecemasan Autonomi dengan Pengesan Kenderaan dan Pejalan Kaki,  Amaran dan Bantuan Keluar Laluan serta Amaran Pelanggaran Depan.

Ranger WildTrak juga didatangkan dengan Parkir Selari Separa Automatik yang pertama dan satu-satunya dalam segmen trak pikap. Ia dicipta untuk membantu anda mencari ruang parkir dengan saiz yang sesuai dan memarkir sendiri secara automatik. Ini membuatkan parkir selari di tempat yang sempit lebih mudah.

Sekiranya anda berminat sila hubungi pengedar Ford yang berdaftar atau WhatsApp ke Jurujual Digital Ford di talian +60 19-204 1200 untuk maklumat lanjut, atau layari www.sdacford.com.my

Google ads
Back to top button